Di Belakang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DI BELAKANG 

Nampak macam jauh
Jauh sangat
Walau dekat
Bila sebut belakang
Buruklah tu
Corot la tu
Buruk imej la tu

Nanti dulu
Manusia yang suka menilai
Manusia yang mudah berkesimpulan
Manusia yang cuma guna mata
Mata hati?.. 
Fikir sendiri
Nilailah lagi

Di belakang 
Andai berjaya
Jika bahagia
Kalau gembira
Lihat ada apa
Intai ada siapa
Siasat jangan lupa 

Senyap-senyap
Di belakang itu; 
Ada yang rajin mendoakan
Ada redha yang bukan calang-calang
Ada yang sokong dengan dorongan
Ada yang semangat hulur bantuan
Ada yang tak jemu mengingatkan 
Ada yang sentiasa nasihatkan 

Tidak terlihat tetap ada
Tidak diketahui selalu setia
Bersama-sama di mana sahaja
Setia luar biasa
Allah SWT sangat perhatikan hamba-NYA

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

7 comments:

  1. YG DI BELAKANG KADANG TERINSPIRASI UTK KE HADAPAN

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. yg dibelakang jngn dipandang sinis. Setiap yg berjaya pasti ada yg menyokong dibelakangnya. Malah ada yg kita tidak tahu.. hanya doa2 mereka yg Allah makbulkan buat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cuma bila sebut belakang itu sepertinya ketinggalan.. Justeru terabai.

      Delete
  3. Yang di belakang itulah sumber kekuatan dan keyakinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat-sangat.Lazimnya begitu Pakcik WP.

      Delete
  4. Yang jauh dibelakang tak semestinya tak akan duduk di hadapan. apapun usaha. orang kata biar diam ubi berisi :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..