Dengar Kata Ikut Nasihat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DENGAR KATA IKUT NASIHAT | Setiap orang ada prinsip masing-masing. Ada prinsip yang diamalkan sedari faham apa itu prinsip.. Ada prinsip sentiasa diperbaharui serta ditukar mengikut kesesuaian. Lain orang lain caranya mengamalkan prinsip yang ditetapkan. 

Dengar kata ikut nasihat. Bila dengar kata.. Mudah sebenarnya.. Tidak perlu nasihat lagi. Ada orang mudah dengar kata. Ada orang dinasihat pun tak berkesan dan jauh sekali terkesan.Biarpun apa yang diperkatakan itu untuk kebaikkan. Apa yang dinasihati itu untuk memudahkan. Ada masa ditolak tanpa difikirkan. 

Bukan bererti yang lebih dewasa.. Lebih tua itu sudah cukup baik, sempurna dan terpelihara daripada lakukan khilaf.. Tidak juga kerana lagha boleh terjadi pada sesiapa pun..kerana Bukankah kita sama-sama insan biasa yang mendambakan pengampunan dan   Syurga-Nya..namun begitu bagi golongan muda remaja... TIDAK menjadi salah dan rugi dengar kata ikut nasihat orang yang lebih dewasa dan tua daripada diri sendiri. 

Kata-kata dan nasihat yang baik itu mahal.Nasihat dengan kata-kata yang baik dan penuh hikmah itu serta marah tanda  sayang dan masih peduli.Jangan mudah memberontak. Jangan mudah marah dan membangkang kerana tidak tahu ke depannya nanti bagaimana.Boleh jadi lantaran sombong tidak mendengar nasihat yang dulu menyebabkan kita kesusahan..orang yang pernah ingatkan dan nasihati kita datang hulur bantuan. Allahu.  

Selagi mana kata dan nasihat yang diberi itu baik.. dengar.. pertimbangkan dan ikutlah. InshaAllah tidak rugi. 

SELAMAT HARI MALAYSIA :)

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

4 comments:

  1. Pernah terbaca satu quote ni, kita kena banyakkan mendengar lebih dari bercakap.. sebab itu Allah jadikan telinga ada dua.. Dia nak kita lebih banyak mendengar, memerhati..mungkin berbicara banyak hanya mendatangkan banyak dosa kan.. Husniey suka dengar nasihat orang tua dalamnya tersimpan makna yang mendalam, bahasa orang tua ni tinggi tapi sungguh penuh hikmah..

    ReplyDelete
  2. AMBIL NASIHAT BAIK N BERGUNA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Malaysia PC..
    Nak suruh orang dengar kata kita memang payah, tapi kita ikut aje pendirian kita dan patuh pada larangan dan teguran orang...

    ReplyDelete
  4. suka dengar nasihat yang lembut dan tanpa perkataan keras.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..