Cari Harta Dunia Untuk Bina Jambatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CARI HARTA DUNIA  UNTUK BINA JAMBATAN | Harta tak bawa mati. Harta sementara dan ujian. Harta menghancurkan. Melalaikan. Harta mengubah orang. Harta.Harta.Harta.Begitulah harta dunia.

Dan sebenarnya;

Mencari. Mengumpul. Menggunakan. Menikmati.. Harta itu tidak salah kalau betul niatnya.. masanya.. caranya.Biarpun dunia ini sementara dan Allah SWT tak nilai hasil keduniaan yang manusia miliki melainkan amal kebaikkan dan kasih sayang-NYA yang diharapkan kelak.. Namun PC percaya cari harta dunia untuk bina jambatan ke akhirat seterusnya ke Syurga-Nya tidak mustahil untuk dilakukan dan menjadi benih pelaburan.

Boleh ke?!?

Tidak semua manusia lalai kerana harta yang dimiliki. Tidak semua juga ralit mencari harta di dunia hingga mengabaikan keperluan kehidupan di akhirat kelak. Di mana sahaja ada manusia yang jernih hatinya. Dan di mana-mana juga ada kekeruhan. Justeru masih ramai yang berusaha bersungguh-sungguh mencari dan mengumpul harta di dunia kemudian infakkan ke jalan Allah SWT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

13 comments:

  1. Terima kasih tak terhingga. In Sha Allah.

    ReplyDelete
  2. kena didik hati agar tahu bahawa harta dunia ni perlu dibelanja kan ke jalan mencari saham akhirat, In Shaa Allah. Tapi ujian dengan kemewahan harta ni lebih hebat dari kekurangan harta benda kan PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Kadang Ada lebih sikit pun sayang sangat-sangat.. Berat sungguh ujian di dunia.

      Delete
  3. Harta dunia boleh dibawa bekal untuk mati.
    Sedekah, amal jariah, infaq, wakaf
    sahamnya terus mengalir

    ReplyDelete
  4. anak, kesihatan dan wang semuanya harta dunia kan.. kalau kita betul betul manfaatkannya, kita lah yang paling beruntung di akhirat sana.

    moga kita semua tergolong dalam golongan yang tidak menzalimi diri sendiri aamiin :)

    ReplyDelete
  5. Mama setuju.. dgn harta Kita boleh berbuag ibadat dgn lebih luas

    ReplyDelete
  6. Setuju.. 'bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah seperti akan mati esok hari'... semoga sentiasa berusaha memperbaiki diri ini, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..