Bagai Air Mengalir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BAGAI AIR MENGALIR | Pantai berpasir. Air terjun berbatu.Tasik berlumut. Sebut sahaja air terasa sejuknya. Is Memang simbolik kepada satu unsur yang menenangkan.. mendamaikan. Selesa. Bukan satu kehendak tapi air menjadi sumber keperluan dalam kita semua menjalani kehidupan. Setengah hari bekalan air terganggu pun dah boleh buat sakit kepala.. Allahu. Justeru hargailah sumber air di alam ini.

Cabaran sentiasa ada. Hidup mewah dengan pelbagai liku. Ada turun naiknya. Ada pasang dan surutnya. Sentiasa bersilih ganti. Berputar cuma masanya kita tidak berdaya menjangkakannya. Bersedia atau tidak bila DIA MAHU pasti BERLAKU.

Ada masa lapangan memanjang. Ada detiknya sempit sentiasa. Adanya hidup lazim begitu. PC rasa semua orang melalui situasi ini cuma dibicarakan atau didiamkan sahaja. PC juga percaya setiap yang berlaku berbalik pada diri sendiri juga. Ada ketika setiap apa yang terjadi angkara perbuatan sendiri juga.

Bagai air mengalir. Lancar. Deras. Pantas. Biarpun diketika mengalir itu boleh sahaja disertai dengan segala bahan, sisa atau sebagainya... Mengalir tetap mengalir terus. Begitu jugalah merencana kehidupan. Usaha jangan jemu. Doa jangan putus. Tapi lisan mesti betul-betul jaga. Cukup apa yang dimahu itu diikhtiarkan.. Semat dalam hati dan Allah SWT sahaja yang tahu..kerana untuk melakukan belum tentu mampu boleh jadi lebih baik ikut apa yang DIA MAHU.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

7 comments:

  1. Sentiasa bersangka baik juga dapat menjemput rezeki macam air yang mengalir. InshaAllah doa yang baik-baik hasilnya pun baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat-sangat kak. Sentiasa bersangka baik sesama insan Dan sangat-sangat perlu bersangka baik dengan-Nya.

      Delete
  2. Cabaran tetap ada dalam kehidupan..allah menguji kerna dia tau kita mampu hadapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Allah SWT tidak Menzalimi luar kemampuan kita.

      Delete
  3. Apa yang berlaku kita hadapi dengan sabar walau kadang rasa tak mampu nak hadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kadang rasa berputus ada. Namun bangkit gagahkan juga.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..