Sesakit Apa Pun Dengan Ragam Manusia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SESAKIT APA PUN DENGAN RAGAM MANUSIA | Bila diri sendiri asyik kena.. Lagi dan lagi.. Rasa sakit hati itu pasti. Rasa nak marah.. nak tumbuk.. nak lempang..nak terajang..macam-macamlah semua rasa ada. Rasa yang membuak dan menggelegak.Mahu meredakan makan masa. Itulah hakikatnya kita manusia atau mungkin PC seorang sahaja.

Persoalannya.. Andai api dengan api.. Di mana bezanya diri kita dan diri dia?

Sesakit apa pun dengan ragam manusia selagi boleh lawan dengan diam dan membiarkan cubalah lakukan begitu. Lawan tidak semestinya perlu bersuara keras dan deras. Lawan tidak semestinya beradu tenaga juga. Lawan ada masanya cukup disaat kita meminta-minta dan mengadu rasa pada-Nya.Lawan dengan usaha yang dilakukan dalam sepi.

Untuk mematahkan kekuatan ilmu dan menumpulkan ketajaman lisan yang menyakitkan..Allah SWT sentiasa ada untuk itu. 

Related image
Sesakit Apa Pun Dengan Ragam Manusia

#sama-sama mencari redha Allah SWT  

6 comments:

  1. Diam selalu pun kadang orang pijak kepala =(

    ReplyDelete
  2. Diam bukan bererti lemah, tapi bila asyik diam ja orang pijak kepala. sesekali kena sembur juga kak. kalau shu, dah xleh diam, tersembur juga. :((

    ReplyDelete
  3. wah memang kenalah Kak PC post kali ni,baru sahaja berhadapan dengan anak jiran yang tak reti berbudi bahasa, sabar sahajalah

    ReplyDelete
  4. Rasa sakit yang satu nie kat hati Kak Sue memang payah betul nak lupakan. Setiap kali bila teringat rasa panas ja muka.. rasa marah meluap. Harap satu hari nanti Allah lembutkan hati Kak Sue supaya redhakan dengan ikhlas..

    ReplyDelete
  5. betul.
    mak ciksu sokmo gitulah cakap.
    diam je

    morning pc..
    sihat?

    ReplyDelete
  6. Kena dgn mama.skrg ni.insya Allah mama.kn pertahankm

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..