Meringankan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MERINGANKAN

Doa setiap insan
Mahu diringankan
Mahu meringankan
Mahu saling memudahkan

Terkadang bukan ringgit
Terkadang bukan mewah
Terkadang bukan juga ke mana-mana

Cukup biasa-biasa
Cukup sederhana
Cukup seadanya

Meringankan
Tidak semestinya hulur bahu
Tidak semestinya hulur tangan
Tidak semestinya juga tadah telinga
Perlu,ya perlu tapi cuma disesetengah waktu

Wahai sesama insan
Bantulah meringankan
Dengan tidak mewarta ke mana-mana
Dengan sentiasa saling merapat aib yang ada
Dengan belajar memahami sahaja
Cukup meringankan juga hakikatnya

Meringankan
Doa juga meringankan wahai manusia
Andai ringan jemarimu
Andai ringan lisanmu
Maka ringankan juga doa untuk manusia lainnya

Jangan ringan yang dilakukan memberatkan saudaramu
Jangan menjerat orang lain dan dirimu juga kelak
Meringankan
Sama-sama meringankan

#sama-sama mencari redha Allah SWT

4 comments:

  1. Selamat Pagi Ahad kak PC. saling sama-sama meringankan antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  2. MERINGANKAN BEBANAN SESIAPA SAJA SEDAYA MAMPU

    ReplyDelete
  3. Selamat hujung minggu PC..
    Bak kata orang, berat sama di pukul, ringan sama di jinjing..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..