Lima Sen Pun Tak Guna!!!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LIMA SEN PUN TAK GUNA!!!! |Lima sen.Ada apa pada nilai lima sen.Duit syiling lima sen kalau bagi pada budak-budak pun mereka tak terima..silap-silap kita di sound nya kalau jenis anak-anak atau kanak-kanak yang beranilah..berlaku sendiri depan mata PC duit lima sen mereka baling dalam parit je.Allahu.Mungkin mereka belum mengerilah bahawa sekecil mana pun nilai duit itu tetap ada kegunaannya kalau tidak hari ini..pada masa akan datang.

Kisah lima sen yang beragam;

''Kau ni lima sen pun tak gunalah..ada macam tak ada!!''
Bila tengah marh kadang sesiapa pun sukarnak kawal diri daripada bercakap yang kurang manis didengar.Tapi kenapa duit syiling lima sen..mungkin itulah perumpamaan..dahlah kecil dan sedikit..tidak berguna dan tiada keperluannya pulak..berganda tidak berjasanya.Barangkalai begitulah apa yang cuba disampaikan.

Di satu sudut yang lainnya

''RM 87.05..lima sen ada tak kak''
PC percaya..sesiapa yang rajin atau kerap berbelanja atau bila membeli sebarang dan apa sahaja barang keperluan atau memenuhi kehendak..lazimnya sentiasa menyimpan atau menyediakan duit syiling lima sen.Ini bagi memudahkan ketika mahu membayar bila dikaunter nanti.Ada juruwang yang bila kita bagi duit syiling besar ok sahaja..ada yang tetap mahu seperti mana jumlah..lebih-lebih lagi bila mereka ada masalah duit pecah untuk memulangkan duit baki.

Masa terus beredar..hari mungkin pandangan kita begini.Esok lusa pendapat kita berubah begitu.Seiring usia moga-moga manusia yang masih bernyawa sentiasa berusaha,belajar dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik.Biar pun kecil dan sedikit..rezeki tetap rezeki.Andai masalah tetap masalah.Setiap kita Allah jadikan ada juga dan peranan masing-masing.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



13 comments:

  1. Dalan dompet selalu ada lima sen senang bila shopping mesti ada sen2 masa tu la kita nak guna..betul kata PC lima sen walaupun nilai kecil ianya sangat berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..sebelum pergi belanja.. Tengok siap-siap.. Risau bila nak bayar kat juruwang.

      Delete
  2. Sha memang standby 5 sen.. sentiasa ada.. Penting dan sangat bermakna 5 sen tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kecil dan sedikit tapi besar kegunaaannya.

      Delete
  3. masa kecil dulu mak bagi selalu tolak, sekarang bila membeli lima sen tu yang ditagih. serius, dalam purse mesti ada sekurangnya 10 keping. Sofia pula belum kenal nilai lima sen, asal ibu ayah bagi terus dia masukkan dalam tabung.

    Jangan.. lima sen walaupun kecil nilainya, kalau takda dia pincang juga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin anak-anak Sekarang yg buang duit 5 sen.. Nanti dah besar mereka fahamlah kan. Good joblah Sofia.

      Delete
  4. Kalau dulu2 selalu sebut " satu sen pun tak guna'
    Sekarang bayang duit satu sen pun dah tak manpak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Satu sen dah susah sangat nak jumpa kecuali yang masih simpan buat koleksi.

      Delete
  5. Dulu org tua2 selalu kata "takde 1 sen, mcmmana nak ada 10 sen".. tp sekarang 5 sen pun ramai buat tak kisah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mulanya satu sen tulah. Lima sen tak bernilai bagi sesetengah orang.

      Delete
  6. jgn dipandang sengkek.
    tak cukup 5 sen, membuatkan kita tak dpt beli brg tu.
    5 sen jgn tgk ia sekeping.
    kalau berkeping-keping, boleh lepas beli kuih 5 keping.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..