Lepas Kepala .. Menjerat Kaki Pula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LEPAS KEPALA .. MENJERAT KAKI PULA |Alhamdulillah.Melangkah ke bulan seterusnya.Bulan Ogos di tahun 2019.Syukur atas setiap nikmat.Memasuki bulan kelapan di tahun ini..tawa dan kesedihan bersilih ganti.Ada berita gembira didengari.Ada beri sedih dikhabarkan.Berselang seli.Begitulah lembaran hidup ini.Mahu tidak mahu kehidupan harus tetap diteruskan dan paling penting moga Allah terus tebalkan rasa syukur dalam diri PC sekeluarga dan sahabat semua.Aamiin.

Bulan Ogos bulan kemerdekaan negara kita.30 hari sahaja lagi menuju sambutan ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke-62(1957-2019 [terkini]).Alhamdulillah sudah 62 tahun negara kita bebas.Ya,bebas daripada jajahan.

Bebas daripada jajahan?.Adakah benar negara kita bebas daripada sebarang jajahan..Barangkali belum dan tidak sepenuhnya negara kita ini bebas daripada sebarang jajahan.Mungkin dahulu senjata atau kekerasan didahulukan kemudian barulah pelbagai perbincangan dan perjanjian dipersetujui.Namun hakikatnya di zaman ini boleh dikatakan setiap jajahan yang dilakukan tidak menggunakan sebarang kekerasan sebaliknya ia dilakukan secara halus dan psikologi sangat-sangat.Strategi yang terancang dan cukup kemas.Sedikit demi sedikit.Perlahan-lahan namun berkesan dan memsuki perangkap satu per satu.

Bukan persekitaran negara kita tidak baik.Bukan begitu maksud PC..tetapi keterbukaan daripada menerima dan mengalu-alukan segenap kemudahan dan kemajuan serta kemodenan apa sahaja daripada negara luar sedikit membimbangkan.Biarpun ada akal yang fungsinya untuk berfikir dan membuat pilihan..namun dek sebabkan sebahagian besarnya sudah menyerap atau meresap dalam jiwa makan hilang pertimbangan dalam keinginan melakukan sesuatu itu adalah sangat mudah.

Lepas kepala .. menjerat kaki pula.Kita bebas melakukan apa sahaja yang kita ingini.Bebas bertindak.Bebas berbicara.Bebas.Salah atau betul..sering dipertimbangkan kemudian.Begitu juga dalam melakukan banyak perkara.Boleh ikut suka.Nasihat ditolak ke tepi.Hukuman langsung tidak memberi kesan.Memang benar,mudah dan seronok mengikut kepala sendiri..tapi kena sentiasa beringat-ingat juga..lepas kepala..menjerat kaki pula hujungnya nanti.LEBIH dikesalkan..orang yang tidak melakukan dan tidak bersalah pun turut terpalit sama gara-gara asyiknya mahu lepas kepala sendiri.

related image
Lepas Kepala .. Menjerat Kaki Pula 

#sama-sama mencari redha Allah SWT


13 comments:

  1. Alhamdulillah.. bulan kemerdekaan bulan kelahiran Shu juga. Bebas lakukan apa saja, tapi tersilap langkah, membawa padah. Takut..

    Selamat pagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.dua dalam satu ni Shu..ulangtahun Shu dan meraikan bulan kemerdekaan..

      Delete
  2. susah betul nak lepaskan diri drp cengkaman penjajahan alaf baharu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu AK.Sangat susah.Mencabar sungguh..

      Delete
  3. Sememangnya Kita bukan 100% lagi merdeka

    ReplyDelete
  4. Semoga negara kita terus dalam rahmat dan lindungan Allah.. takut dengan dunia sekarang nie..

    ReplyDelete
  5. Penjajahan alaf baru lebih bahaya dan memudaratkan.. Sangat menakutkan..

    ReplyDelete
  6. Selagi minda kita terjajah, selagi itu sebenarnya penjajah kekal di hati.. melalui perlakuan dan pemikiran sebahagian kita. Semoga Allah sentiasa melindungi kemakmuran negara kita ini.. aamiin. Salam Ogos PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..