Dengan Kata-kata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DENGAN KATA-KATA 

Boleh buat orang sentiasa mahu mendoakan kita
Boleh buat orang ketawa gembira bahagia
Boleh buat orang lemah bersemangat semula
Boleh buat orang berubah iktikad dan kepercayaa yang dipertahan sekian lama
[selain hidayah Allah,cara pendekatan dan kata-kata yang penuh adab juga menarik orang yang bukan Islam memeluk agama Islam dengan rela dan sepenuhnya hati hingga menjadi mualaf yang baik..alhamdulillah]
Boleh buat orang terlupa seketika dengan masalah yang ada


Dengan kata-kata;

Boleh juga buat orang jadi murka bukan biasa-biasa
Boleh juga buat orang jadi renggang dan menjarakkan dirinya sentiasa
Boleh juga buat orang berasa dirinya terhina dan dihina sesukanya
Boleh juga buat orang menderita sepanjang hayat yang ada
Boleh juga buat orang berfikir dan bertindak tidak mahu hidup lagi di dunia

Ibarat pancing dengan umpan..pancing itu adalah diri sendiri..sedang umpan itu adalah setiap kata-kata yang dipilih.Baik dan indah kata-katanya inshaAllah tidak mustahil kita disukai dan didekati...manakala bila buruk dan kesat kata-kata yang diberi maka tanggunglah akibatnya nanti.Kata-kata itu boleh menjadi seperti minyak yang marakkan api..boleh juga menjadi air yang menyejukkan.

related image
Dengan Kata-kata

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 comments:

  1. Kerana kata boleh berpecah institusi. Kerana kata jugak boleh berlaku pergaduhan yang besar. Kerana kata jugak boleh menjarakkan hubungan dan bermasam muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Shu,maka berhati-hatilah dengan kata-kata..

      Delete
  2. Hati-hati dalam kata-kata kita supaya tak dapat dosa.. kan PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Sue.sedap bercakap ni tak sedar dan lupa akaun alih-alih penuh je..risau sungguh.

      Delete
  3. Dengan kata-kata boleh buat Zumal stress sampai masuk hospital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..boleh buat naikdarah sebab rasa geram dan nak marah sahaja kan zumal.

      Delete
  4. sekarang ni bukan hanya kata-kata kan PC tulisan juga boleh menzahirkan pelbagai tanggapan dan kesan dalam kehidupan seharian.. perlu juga kita jagai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat kak Ana.Setuju.Kadang mulut senyap tapi jari jemari pulak laju je..pun bahaya sangat.Allahu.

      Delete
  5. Kerana kata-kata juga mampu merubah seorang manusia yang tidak berkira menjadi sangat berkira.. hanya dengan kata-kata..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas peringatan ini PC.. semoga sentiasa dpt menjaga lidah ini dari menyakiti org lain dan sentiasa dpt diperbaiki utk mengingatiNYA.. aamiin.

    ReplyDelete
  7. lidah tu lebih tajam dari pedang.
    jaga kata2.
    ok bagi kita. mungkin tak ok bagi si dia...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..