BerBLOG Banyak Mengajar Dan Belajar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BERBLOG BANYAK MENGAJAR DAN BELAJAR | Blog antara salah satu daripada banyak medium untuk berkongsi.. menyampaikan.. juga berkarya. Bukan semata-mata untuk nukilan ringan atau santai-santai sahaja malah blog juga telah menjadi salah satu kaedah seseorang blogger itu memperoleh.. serta menambah pendapatan sama ada sampingan atau tetap. Berkat tidak berputus ada dan rajin.. ramai juga blogger yang telah merentas negara lantaran peluang dan ruang kerjasama yang dipersetujui dengan syarikat atau badan-badan tertentu. 

Setiap patah perkataan itu menjadi tanggungjawab seorang blogger itu sendiri. Taip ikut suka. Berkongsi ikut citarasa. Melawak ikut kepala. Marah ikut rasa.Pendapat peribadi PC,blog bukan satu tempat atau wadah untuk senang-senangnya blogger meludah.Bukan!.. Tidak juga menjadi medan atau gelanggang pertarugan kurang sihat. Betul.. konten boleh dipadam. Namun bekas dan akibat susah dibersihkan..*ingatan untuk PC*.

BERBLOG banyak mengajar dan belajar.Setiap walau hanya satu perkataan yang baik ianya tetap baik. Satu baris ayat nasihat.. andai ada yang ikut maka kebaikkan insyaAllah tersebar dan ganjaran bertambah.Cari yang baik.. Baik-baik yang mendekat dan merapat. Sejauh ini BERBLOG.. Banyak yang PC dapat daripada setiap apa yang sahabat-sahabat blogger lain sudi kongsikan.. Untuk mengajar tidak Diposisi PC tapi untuk belajar.. Yeah! 

Apa yang PC belajar?!? 

Jangan syok sendiri walau blog kita.. Kita ada hak sepenuhnya. Nak elak daripada syok sendiri PC akui sangat-sangat susah.Namun..sikit-sikit PC terus belajar untuk ubah dan berubah walau selalu tergelincir. Maafkan PC. 

Banyak mata melihat konten kita. Banyak lisan yang menyebut satu persatu apa yang dikongsikan. Maka PC kena lebih hati-hati pilih kata-kata atau perkataan dan membina ayat. Kalau boleh  macam tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus.. Tepung tak berseleraklah.Kalau boleh. Cuba untuk boleh. 

Pelbagai peringkat umur dan pelbagai latarbelakang pekerjaan buat PC mesti lebih sensitif.Terlajak taip konten binasa.

Kutiplah seberapa banyak kebaikkan. Hindarilah sebanyak-banyaknya keburukkan. 

Related image
BerBLOG Banyak Mengajar Dan Belajar | Gambar Google 


#sama-sama mencari redha Allah SWT  

18 comments:

  1. Setuju kak.. Shu pun masih belajar dari kak PC macam mna penulisan dalam blog. terkadang terlepas rasa syok sendiri. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC sendiri juga sedang belajar daripada Cara penyampaian blogger-blogger yang lain juga Shu. Kalau boleh Matlamat sampai tanpa sampai guris perasaan sahabat yang sudi singgah diblog kak PC ni. Aamiin.

      Delete
  2. BLOGGING BANYAK MANFAATNYA N PERLU PATUHI ETIKA PENULISAN DEMI PELABURAN SAHAM AKHIRAT YG KEKAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat akhirat itu yang jadi garis panduannya kan Kak PI. Berhati-hati sangat-sangat walau kadang terlepas juga. Allahu.

      Delete
  3. Berblog dan berkongsi ilmu...waktu tidur org baca ilmu yg disebar, percuma dpt pahala hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah harap sangat-sangat begitulah.. Aamiin. InshaAllah.

      Delete
  4. benar..tak boleh cakap sebarangan yang menimbulkan dosa untuk diri sendiri dan juga orang lain..moga akk terus istiqamah mnulis perkara2 baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kak PC risau Cuya.. Kadang dah berjaga-jaga terlepas juga.. Moga mana yang mungkin terasa hati.. Harap sangat-sangat maafkan kak PC la.

      Delete
  5. Betul tu PC.. Sy pun ada masa tersasar dlm menulis ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia biasa cuma boleh terus usaha nak beri yang terbaik.. InshaAllah moga Allah SWT sentiasa bantu.

      Delete
  6. Mudah2an ada manfaatnya untuk diri kita dan orang lain juga.

    ReplyDelete
  7. semoga apa yang kita kongsikan ada manfaatnya buat insan lain dalam pelbagai cara asalkan yang baik-baik sahaja hendaknya, in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin. Betul Kak Ana. Moga kebaikkan itu sampai kepada orang lain dan kembali kepada kita semula.

      Delete
  8. Moga apa yg kita tulis memberi nilai tambah yg baik dlm kehidupan kita juga buat insan2 lain. Mudah2an ia juga mampu memberatkan timbangan amal di akhirat kelak.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. "Jangan syok sendiri walau blog kita".. baiklah kak PC. saya akan turuti arahan kak PC hahaha. sebab kekadang memang den suka syok sendiri tulis kat blog.

    sebenarnya bukan saja di blog. kat media sosial seperti FB & Instagram pun kena berjaga jaga. tak boleh terlalu syok sendiri kan kak PC?

    apapun.. moga blog kita lebih membawa kebaikan dan manfaat kepada orang ramai berbanding keburukan. Aamiin :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..