Berbekalkan Apa Yang Seadanya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERBEKALKAN APA YANG SEADANYA | Alhamdulillah atas segenap nikmat yang Allah SWT pinjamkan..ada yang Allah SWT tambah untuk menguji..dan ada juga yang Allah SWT ambil semula..pun juga untuk menguji.PC percaya..syurga itu mahal.Tidak mudah untuk mendapatkannya.Tidak hanya bercakap kemudian dapat..melainkan lepas pada setiap ujian dari-NYA dan sentiasa usaha latih diri lakukan hal-hal kebaikkan.

Provokasi.Manusia sering tewas dengan provokasi.Provokasi adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk menjatuhkan seseorang,dan memanaskan suasana yang damai.Kecuali bagi orang-orang yang sentiasa sabar dan sentiasa bijak serta memiliki ketenangan mengatasi masalah dengan cerdas juga matang.

Berbekalkan apa yang seadanya.Ada orang sentiasa berasa cukup walau pada orang lain sepatutnya orang tersebut boleh mendapat lebih.Ada orang pula sentiasa berasa tidak mencukupi walau....pada pandangan orang lain apa yang dimiliki,apa yang dia dapat itu sudah lebih daripada apa sepatutnya.Sebenarnya berbalik pada diri masing-masinglah.Dan PC percaya rasa nikmat keberkatan itu juga adalah rezeki daripada Allah SWT yang terkadang dipandang sepi.

Berbekalkan apa yang seadanya itu cukup setakat di dunia..tetapi untuk kehidupan seterusnya tidak keterlaluan kalau menjadi sedikit tamak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama