Belakang Parang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BELAKANG PARANG | Zaman sekarang ni mudah segenap hal. Sama ada memang mudah.. hal susah dipermudahkan atau ambil mudah semua perkara.Ambil mudah semua perkara itu yang kadang mengundang masalah dan bahaya.Hati-hatilah ye nak letakkan atau bertindak pada mana-mana situasi sewajarnya.

Jangan sebut susah. Nanti susah betul.. kerana kata-kata itu doa. Salahkah kalau orang atau sesiapa sahaja mengatakan susah seperti mana yang dilalui. Bagi PC tiada salahnya pun kalau ianya bagi menjelaskan atau membayangkan dan membicarakan situasi. 

Belakang parang.Tumpul.Boleh jadi berkarat juga. Untuk menajamkan belakang parang bukan calang-calang kegigihan yang didambakan. Sabar itu sudah pasti sangat-sangat diperlukan. Semangat apatah lagi dan jangan lupa.. Buang rasa bosan untuk hari-hari lakukan hal yang sama sehinggakan tajamnya mampu memutuskan biar hanya belakang parang itu dilayangkan. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

12 comments:

  1. Betul tu PC.. Kena gigih dan bersungguh..

    ReplyDelete
  2. Nak berjaya ubah kehidupan kena bersungguh- sungguh...setakat cakap tapi tak laksanakan x guna juga kan

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh jangan ambik mudah dalam setiap perkara.. buat betul-betul, tak rugi pun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Allah SWT nilai usaha hamba-NYA.

      Delete
  4. Bukan senang nak senang kena ada usaha, ikhtiar, sabar dan tawakal..

    ReplyDelete
  5. tapi kalau gigih yang tumpul pun jadi tajam. janji usaha !!

    ReplyDelete
  6. yg penting kita kena usaha .. usaha dan usaha, lepas tu berserah pada ALLAH.. InshaAllah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..