Air Mata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

AIR MATA | Empangan semulajadi yang Allah SWT beri pada setiap kita. Jernih. Bersih biar berpunca dari hati yang parah,remuk,berdarah dan berderai.. segenap rasa dihati yang menyelubungi jiwa biarpun bahagia dan gembira.. Air mata itu sukar dipisahkan. Bersahabat baik dengan kita. 

Air mata

Memberi pelbagai tafsiran dan makna
Kerana tekanan
Kerana kesakitan
Kerana ketakutan
Kerana kelaparan
Kerana ugutan
Kerana kesempitan
Kerana kesedihan
Kerana kekecewaan
Kerana kehilangan
Apa pun kerananya..... 
Bahagia dan gembira
Tetap disertai air mata juga

Jangan sampai lupa untuk menyertakan air matamu kerana kesalahan mengingati dosa silam..kerana takut akan azab Tuhan.Pada ketika berbicara.. Berdua.. pujuk air mata untuk mengalir juga.. dari hati.. Setulus sanubari tatkala menadah tangan... Basahkan dengan titisan itu.. 

Setiap titisan air mata itu berharga dan bermakna..ada bercampur dengan doa dan redha.. Namun jangan sampai mengundang laknat DIA..

Related image
Air Mata | Google Image 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

7 comments:

  1. saya memang susah untuk menangis.

    Saat memandikan jenazah abah saya, saya berhenti separuh jalan bila merasa airmata akan tumpah dari empangan dan bersendirian di belakang rumah!

    ReplyDelete
  2. AIR MATA ITU DARAH KITA YG MENITIS MELUNASI RASA

    ReplyDelete
  3. Air mata mampu hapuskan api neraka. Nampak remeh tp besar maknanya kan.

    ReplyDelete
  4. bila terlalu berat nak dipikul, akhirnya mengalir deras turun. saat itu, lepas segala beban.

    ReplyDelete
  5. Kadang2 duduk sorang tanpa sedar air mata mengalir.
    Rindu pada arwah abah..

    ReplyDelete
  6. semoga airmata bukan dijadikan senjata untuk mengaburi kejahatan tapi biarlah airmata itu sebenarnya tanda penyesalan untuk mendapat keredhaanNya..wallahualam

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..