Aidiladha 1440H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


AIDILADHA 1440H 

Aidiladha menjelma lagi
Berkumpul bersama saudara saudari
Biarpun hanya setahun sekali
Meriah sambutan tetap dirasai

Syahdu takbir dapat didengari 
Sungguh mendalam menyusuk ke sanubari
Rezeki yang ada dibahagi-bahagi
Setiap yang layak itulah rezeki

Berpusu-pusu jamaah berjalan
Mendayu suara imam memanggil
Bermula kisah ibadah korban
Ceritera Nabi Ibrahim Dan anaknya Ismail

Bukan menunjuk bukan lambing kekayaan
Siapa mampu sangat dialu-alukan
Ibadah korban menjadi kelaziman
Kisah nabi menjadi tauladan

Juadah ringkas terhidang di meja
Menanti masa menjamu selera
Salam Aidiladha untuk semua
Maaf zahir batin PC minta

Related image
Aidiladha 1440H

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

8 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..