Terus Menuju

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERUS MENUJU |Sekarang sangat kurang menggunakan kata-kata atau bahasa kiasan bila berlisan.Zaman sekarang zaman terus terang.Padu.Kalau sakit,sakitlah dipendengaran dan hati.Kalau nak tahan,tahanlah..kalau tak tahan cepat-cepat buang kalau tak mahu bernanah.Sangat kurang ya..bererti masih ada juga yang beringat dan cuba menjaga bicara.Alhamdulillah.

Sampaikah matlamat.Kadang terpesong juga dek cara yang salah sebenarnya.Sedangkan berlisan molek pun disalah tafsirkan..apatah lagi berdesup berperisa cili...belum apa-apa angkat kaki yang punya telinga.Terus menuju itu betul dan bagus..macam juga kita sebagai pengguna jalanrayakan..kalau boleh nak lalu jalan yang lurus dan singkat..dekat,jimat masa,jimat tenaga dan paling penting jimat kos..tak gitu.Tapi apakan daya,ingat kita manusia biasa yang sedang mahu berubah,bertatih dan belajar menjadi bukan biasa-biasa dipandangan Allah SWT.

Meminta dan meminta pertolongan.Mencuri itu salah dan dosa.Justeru lebih baik meminta.Tapi tengok jugalah apa yang nak dimintanya pun.Mahu lakukan sendiri kurang mampu,lebih baik minta pertolongan.Sesekali mungkin bukan satu masalah besar pun..tapi bagi pihak atau sesiapa sahaja yang mahu membantu..selalu pun tidak mengapa..kalau orang yang kita bantu tidak balas kebaikkan kita dengan setimpalnya..yakinlah ganjaran daripada Allah itu sentiasa ada dan nanti orang lain bantu kita.Ikhlas itu berat tapi sarat nikmat. 

Bantu kita?Ya!..bantuan untuk kita atau sesiapa sahaja sentiasa ada.Ada,inshaAllah.Langkah pertama terus menuju pada DIA..doa.Minta dan minta ulang-ulang walau pada permintaan yang sama pun tak apa.Yang selalu cepat jemu itu manusia tidak DIA.Kemudian terus menuju apa yang cuba dan sedang disasarkan.Dugaan sentiasa ada baik yang terlihat atau sebaliknya.Sentiasa sabar dalam melangkah.

related image
Terus Menuju | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 comments:

  1. Doa yang sama takde salahnya. Malah Allah lagi suka sebab kita bergantung pada Dia. Cepat atau lambat dimakbulkan tu semua Dia yang tentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..setiap hari doa yang sama Allah lagi suka kan kak..lagi banyak kita minta Allah lagi suka tanda kita ingat dan bergantung pada DIA sentiasa.

      Delete
  2. Allah suka mendengar suara hati kita meminta kepadaNya.

    jadi mintalah kaya untuk dunia dan akhirat..

    aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Kaya dunia kaya akhirat.Moga Allah sentiasa angkat doa-doa kita.

      Delete
  3. Jangan sombong untuk meminta padaNYA lainlah pada manusia.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Betul.Jangan jemu dan penat kan kak PI..aamiin.

      Delete
  5. Kita bukanlah manusia yang sempurna kebaikannya, kadang-kadang ada kekhilafan. Dengan itu sentiasalah berdoa kepadaNya agar kebaikkan itu di terima olehNya. In Sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Betul tu..apa-apa balik pada-NYA.Sentiasa.Semua dari-NYA akan kembali juga kepada-NYA.

      Delete
  6. Betul tu PC... malah, Allah suka pada hamba2Nya yang meminta kpdNya. Manusia pula tak suka klu ada yg meminta2... semoga kita semua sentiasa diberkati Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Allah sentiasa bersedia mendengar setiap apa yang diingini hamba-NYA..tak marah..tak jemu..betapa baiknya Allah walau kita sering khianati-NYA.

      Delete
  7. Kita yang mudah putus asa sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..ini PC sendiri akui..manusia yang mudah putus asa sedang Allah sentiasa setia.

      Delete
  8. Meminta bukan dengan berpeluk tubuh sahaja
    Usaha,usaha, usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Gabugkan meminta,usaha,doa dan tawakkal.

      Delete
  9. meminta padaNya sambil berusaha..
    insyaAllah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..