Sinar Kian Menerangi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SINAR KIAN MENERANGI

Seronok bermandi-manda di air terjun
 Di ampaian tuala disidai rapi
Berakhir sudah bulan Jun
Selamat datang bulan Julai

Tiada salahnya belajar Al Quran
Cuba disebut satu persatu huruf
Apa yang baik kita teruskan
Sebar-sebarkan setiap yang ma'ruf

Cabut gigi tinggal gusi
Bakal kembali seperti azali
Kepayahan dan kemudahan bersilih ganti
Janji Tuhan sentiasa DIA tepati

Jangan dibiar hati kegusaran
Dibelenggu rasa sedih berlarutan
Andai semalam bercahaya rembulan
Usahakan esok bercahayakan lilin

Pergi pasar mencari ragi
Ragi tapai dibahagi-bahagi
Moga sinar kian menerangi
Setiap yang suram berlalu pergi

related image
Sinar Kian Menerangi

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Jom kita terus sebarkan kebaikan dan cegah segala yang boleh mendatangkan kemungkaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom..kita lakukan sehabis baik..inshaAllah.Aamiin.

      Padam
  2. Berakhirnya Jun, syawal juga akan menyusul pergi.
    Semoga dipermudahkan urusan seharian kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Syawal pun bakal melabuhkan tirainya..moga bertemu lagi tahun hadapan.

      Padam
Terbaru Lebih lama