Sebenarnya Lelaki Ke.... Perempuan Ke...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBENARNYA LELAKI KE....PEREMPUAN KE.... | Zaman dulu ke..zaman sekarang ke..ada sahaja perempuan lebih menjadi dominan baik di rumah mahupun di tempat kerja.Begitu jugalah lebih-lebihnya pada lelaki yang lazim diketahui..kalau tidak perlu dijelaskan pun orang sedia maklum..sebut lelaki dialah imam sekaligus menjadi dominan pada segenap lapangan dan tanggungjawab yang perlu digalas juga adalah lebih besar dan berat.Lelaki mahupun perempuan Allah SWT cipta dengan keindahan dan peranannya masing-masing dan tanggungjawab paling besar adalah mesti sentiasa menjadi hamba yang taat pada suruhan Allah dan menghindari segenap apa yang Allah SWT tegah untuk dilakukan.

KESABARAN.Lelaki ke,perempuan ke ada je yang sangat penyabar.Penyabarnya tahap orang lain tengok boleh hilang sabar.Yang tengok pulak boleh geram kerana sabar sangat-sangatnya tu..dan sebaliknya la..yang di mana lelaki mahupun perempuan sangat tidak sabar..boleh jadi panas baran dan sebagainya.Sesetengah situasi pula ada juga yang sabar dan kurang sabarnya mengikut masa dan keadaan.

KEMATANGAN/RASIONAL.Pendapat PC,agak kurang bersetuju kalau nak kaitkan usia dengan kematangan atau bersikap rasional.Maaf ya kalau mungkin ada yang tidak bersetuju biarpun hakikatnya fakta bahawa tingkat kematangan itu diukur daripada kadar usia seseorang.Bagi PC akil baligh seseorang itu ya,baik lelaki mahupun perempuan adalah pada usia 15 tahun..namun bagi perempuan bila mula sahaja haid pertama sudah dikira akil baligh(cukup umur) walaupun ketika itu usianya baru 10 tahun..manakala lelaki dengan istilah "mimpi basah/keluar air mani"*betulkan andai PC khilaf*.Kencing malam tak dikira..Hukhukhuk. Manakala tingkat mumayez(beza baik dan buruk)itu sepanjang hayat.Ada jugakan dah dewasa pun belum mumayez.Walaupun dah berpuluh tahun akil baligh nya.Justeru kematangan atau bertindak rasional lelaki ke..perempuan ke itu adalah bawaan dan keupayaan diri masing-masing mentarbiah diri.

EMOSI.Menyentuh soal emosi.PC sendiri tidak menafikan ada waktu tertentu perempuan lebih beremosi.Kadang emosi yang bukan disengajakan ianya berlaku secara spontan dan tidak mustahil berlarut-larutan jika tidak dibendung dan ditangani dengan baik dan betul.Adakala marah berterusan..ada masa sedih sentiasa.Bergantung juga pada situasi dan persekitaran.Begitu juga lelaki..ada segelintirnya sangat mudah koyak emosinya.Tidak kurang juga baik lelaki atau perempuan yang sentiasa tegar mengawal emosinya baik dalam segenap situasi pun.Syabas.

Sebenarnya lelaki ke...perempuan ke....setiap individu itu ada kadar keperluan dan kehendak masing-masing yang sebahagiannya boleh dikongsikan dan sebahagiannya lagi cukup hanya dirinya dan Allah SWT sahaja yang  tahu.Begitu juga dalam membuat sebarang keputusan,ya tidak dinafi ada yang mungkin terburu-buru dalam membuat atau mengambil keputusan namun baik lelaki ke...perempuan ke...tidak semuanya begitu mudahnya melatah apatah lagi jika setiap keputusan yang mahu diambil itu bakal melibatkan banyak pihak.Sangat penting sebenarnya lelaki ke...perempuan ke...mencari dan memilih untuk hidup dalam persekitaran yang SIHAT.Ianya secara tidak langsung membentuk peribadi yang lebih positif.InshaAllah.Aamiin.

Related image
Sebenarnya Lelaki Ke.... Perempuan Ke... | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

13 comments:

  1. Yang Lin tau, lelaki punya 9 akal 1 nafsu, tapi perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal...
    Tapi kebanyakkannya, lelaki yang BUAS hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe...nafsu perempuan bila shopping kot Sis...

      Delete
  2. LELAKI PEREMPUAN KEJADIAN ALLAH TIADA BEZA KIRAAN AMALANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI..apa yang penting Allah ambil kira hati dan amalan kitakan kak.

      Delete
  3. lelaki perempuan ciptaan Allah, mereka saling bergantungan

    ReplyDelete
  4. Setuju kadang perempuan lebih beremosi, lelaki ada masalah rumit pun masih boleh senyun chill je.. Selalu husniey rasa geram cemburu jugak sikit tengok ketenangan lelaki dalam menghadapi dugaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..betul tu..perempuan hal kecil boleh jadi besar...lelaki hal besar boleh jadi kecil..santai je uruskannya..

      Delete
  5. Lelaki atau perempuan yang pastinya kita masing-masing tak sempurna dan disebabkan itu kita saling melengkapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Saling melengkapi dan saling memerlukan satu dengan yang lain kan kak.

      Delete
  6. Lelaki atau perempuan, kedua2nya adalah makhluk yang serba kekurangan.. Allahuakbar.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..