Penting Memikirkan Akibatnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENTING MEMIKIRKAN AKIBATNYA |Buat dulu baru nak terfikir-fikir.Tidak pun fikir dulu sungguh-sungguh baru buat.Tapi yang sering kita lakukan adalah fikir tetap fikir tapi masa yang diambil untuk berfikir itu cuma sekejap kemudian terburu-buru buat atau bertindak.Sebenarnya tidak salah pun kalau ambil masa untuk fikir daripada berasa kesal kemudian hari.Kecuali pada perkara yang dah pasti dan yakin  baik harus disegerakan. 

Tidak berdaya untuk disangkal.Kita hidup saling ada kaitan dan bersangkut paut satu dengan yang lain.Boleh jadi dilakukan secara individu namun akibatnya ditanggung banyak orang atau banyak pihak.Apatah lagi kalau lakukan sesuatu itu secara berjamaah..kalau baik...ramai-ramai juga yang dapat manfaatnya..dan kalau tidak baik pun lebih ramai yang terpaksa tanggung akibatnya.

Penting memikirkan akibatnya.Bila terlalu marah atau terlalu gembira serta sedih..kadang itu menjadi punca manusia terlupa untuk memikirkan akibat pada setiap perbuatan yang sedang dan bakal dilakukan.Nekad itu perlu tapi bukan sentiasa.Tidak setiap masa.Jangan bedal semacam ikut suka.Awak puas hati tapi hujungnya orang lain merana sendiri.

Mahu membusuk dan menghitamkan sesuatu yang bersih dan terpelihara itu tersangat mudah berbanding mahu membersih dan memutihkan keadaan.Ditambah zaman sekarang yang mana maklumat,cerita sama ada benar atau fitnah sangat-sangat mudah diakses waima sedang berada di dalam tandas sekalipun.

Lebih baik orang kata awak slow atau lambat pickup daripada orang kenal awak sebagai punca yang meranapkan maruah kaum kerabat yang asalnya tidak tahu apa-apa..kalau tidak mampu menjadi asbab menggembirakan orang lain..jangan jadi punca orang berasa aib kerana tindakkan awak.

related image
Penting Memikirkan Akibatnya | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

22 comments:

  1. Terima kasih atas nasihat ini Kak PC :)

    ReplyDelete
  2. Zaman fitnah hari ni, apa yang kita nak buat kena pikir beratus kali. Sebab ramai yang akan merumuskan tindak tanduk kita pada akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat kak.Mudah membuat kesimpulan kan..sebelum bertanya atau apa-apa keputusan dikeluarkan.

      Delete
  3. Fikir sebelum bertindak. Mesti banyakkkkk bersabar 👍

    ReplyDelete
  4. Yesssss sebelum bertindak wajib fikir semasak masaknya. Bertindak tanpa fikir dulu akan binasa kemudian hari.. thank you untuk nasihat ini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Tak apalah lambat sikit asalkan hujungnya semua menjadi baik-baik sahajakan.

      Delete
  5. FIKIR BANYAK KALI SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

    ReplyDelete
  6. Kena fikir masak-masak sebelum cakap atau buat apa-apa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Sue.Supaya orang lain tak sakit hati..kita tak menyesali.

      Delete
  7. Biasanya dah berlaku baru terfikir akibatnya.

    ReplyDelete
  8. kadang tak sempat fikir,dah buat baru rasa menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas menyesal cuba perbetulkan atau perbaiki semula.

      Delete
  9. Setuju dengan kak PC.

    Kena berfikir banyak kali sebelum buat apa-apa.

    Menghitamkan itu mudah, nak menjernihkan itu payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Ada yang kata fikir lama dan banyak itu buang masa..lebih baik buang masa berfikir dari buang masa menyelesaikan kesan.

      Delete
  10. memang penting untuk fikirkan akibatnya. adakalanya sampai pening kepala nak teruskan atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..moga ada jawapan pada setiap istikharah.

      Delete
  11. Setuju sgt.. kdg2 orang mmg mudah nak suruh2 dan cakap apa pun, tapi klu sesuatu perkara yg kita lakukan tetap kita yg tanggung akibat baik mahu pun buruk.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk nasihat ini PC..
    Suatu waktu dahulu, Sha lebih suka bertindak tanpa berfikir.. Semakin meningkat usia, semakin berubah.. Banyak yang perlu ditimbang tara sebelum satu2 perkara itu dibuat..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..