Macam-macam Keinginan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MACAM-MACAM KEINGINAN |Manusia hidup ada keinginan.PC rasa bukan manusia sahaja ada keinginan,makhluk lain di muka bumi Allah SWT ini juga ada keinginan masing-masing.Dengan cara yang mengikut kesesuaian seperti apa sepatutnya.Tak gitu.

Keinginan yang pelbagai itu merangsang manusia supaya berusaha.Bila ada keinginan itu dan ini tentunya langkah pertama adalah usaha bagaimana untuk mendapatkannya.Sedayanya dan semampunya.Usaha untuk merealisasikan sesuatu keinginan itu ada jalan panjang..ada jalan singkat..ada yang mengambil masa yang panjang dan ada juga yang hanya memerlukan waktu yang singkat sahaja.

Keinginan dan rezeki.Kadang-kadang cuma lintasan dihati..namun Allah izin ianya kita perolehi biarpun daripada orang lain yang menjadi perantaranya.Kadang-kadang juga sekuat kudrat..basah dek keringat..namun ianya seolah-olah tidak kita kecapi..rezeki itu suatu yang ada magisnya..hadiah daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-NYA.Melalui pelbagai cara DIA boleh beri dan dengan pelbagai perantara DIA boleh ambil semula bila-bila masa sahaja.

Tidak salah menyatakan keinginan..untuk diketahui orang lain.Itu pilihan diri masing-masing.Ada yang lebih terbuka.Ada yang lebih tertutup untuk menyatakan setiap keinginannya.Dalam setiap keinginan itu jangan sisihkan niat yang betul,usaha yang tulus dan tepis seandainya ada rasa-rasa yang tidak wajar dilakukan dan disimpan.Lebih membuktikan itu lebih baik berbanding lebih berlisan kerana pada setiap keinginan itu hasil adalah suatu yang diharapkan.Aamiin.

Ya Allah..tiada daya melainkan dengan izin-MU..untuk kami lakukan apa yang kami inginkan..pada jentikkan hati yang menhgarapkan kebaikkan..permudahkanlah.Pada lintasan membinasa..keinginan itu jauhkanlah.


related image
 Macam-macam Keinginan | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

14 comments:

  1. memang pun banyak sungguh keinginan pada diri ni..Alhamdulillah rasanya keinginan yg baik2 antaranya nak selesaikan hutang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak..Allah permudahkan urusan akak..aamiin.

      Delete
  2. deep in my heart banyak sangat keinginan tu sebenarnya tapi hanya mampu pendam dan doa ja..semoga tercapai hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah..satu masa berkat usaha dan kehendak Allah..setiap keinginan itu tercapai..

      Delete
  3. Lumrah kita sebagai manusia untuk mempunyai rasa inginkan sesuatu yang kita rasa terbaik buat diri kita pada waktu itu. Cuma bagaimana untuk kita usahakan dapat apa yg kita inginkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..cara itu sangat penting bagaimana mahu memenuhi dan mencpai keinginan itu..

      Delete
  4. teringin.
    satu naluri.
    kena disusuli dgn usaha. ikhlas mesti ada.
    apatah lagi tawakal, kan :)
    and dpt nyer tu samada yg diinginkan atau serupa dgn nyer.
    Allah Maha Adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..usaha jangan lelah.Ikhlas dan syukur.Allah lebih tahu waktu terbaik dengan cara terbaik.

      Delete
  5. jika ingin kepada sesuatu. mintalah pada penciptanya. berdoa. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Mula-mula minta pada-NYA..kemudian sambung dengan usaha..

      Delete
  6. Sebagai manusia mmg mcm2 keinginan yg kita ada. Semoga Allah memperkenan setiap keinginan yg baik agar kita sentiasa dekat kepadaNya... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Moga keinginan kita disertai dengan redha Allah supaya ada keberkatannya..aamiin.

      Delete
  7. Perkongsian yang tepat PC..
    Sekarang ini, bila berkeinginan usaha dibuat dan tawakal juga kepada Allah.. Sebab ada masanya keinginan itu bukanlah rezeki kita andai dengan izin Nya..

    ReplyDelete
  8. Kena bezakan keinginanan kita di antara keperluan atau kehendak

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..