Langkah Pertama Itu ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LANGKAH PERTAMA ITU..|Besar makna langkah pertama.Langkah pertama sewaktu bayi.Langkah pertama masuk sekolah,kolej atau universiti.Langkah pertama memasuki alam pekerjaan.Langkah pertama menjadi suami/isteri.Langkah pertama menjadi ayah/ibu dan banyak lagi langkah pertama yang telah,sedang dan akan kita mulakan inshaAllah.Setiap langkah pertama itu ada kenangannya tersendiri.Seribu langkah bermula daripada langkah pertama itu...yang dulu..yang mula-mula..yang mewah dengan pelbagai warna dan rasa.Syukur.Terima kasih Allah.

Setiap suatu perkara baru yang mahu dilakukan pastinya dimulai dengan langkah baru.Seperti mana dalam senaskah Al-Quran itu ada juzuk-juzuknya dan ada banyak surah.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم menjadi pembuka pada setiap surah-surah baru yang mahu kita baca setelah tamatnya surah terdahulu.Begitu jugalah dalam aktiviti seharian kita.Walau harinya sama.Namun tarikhnya berbeza.Waktunya tidak sama.Setiap hari dilembaran baru..pada langkah yang baru juga.Bezanya langkah baru yang bakal kita ambil itu bagaimana kesannya nanti. 

Kesan.Setiap satu demi satu langkah pertama itu ada kesannya yang mungkin kita terfikir atau sebaliknya di kemudian hari.Adakala kesan dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat..ada masanya juga kesan hanya dapat dilihat setelah bertahun lamanya.Mengikut seperti yang Allah SWT mahu.Dan bergantung rezeki kita seperti apa.Bukan menjadi satu masalah jika setiap langkah pertama itu berpenghujung dengan satu kisah kebaikkan..yang menjadi satu ketakutan adalah andai ianya menjadi banyak langkah kepada keburukkan.Justeru mengapa perlu peduli kesan yang bakal terjadi sebelum memulakan langkah pertama.

Peduli vs tidak peduli.Ada yang peduli sangat-sangat.Ada pula yang tidak peduli langsung.Konsep tawakkal betul-betul tawakkal insyaAllah baik-baik sahaja berbanding tawakkal meredah semacam..kira nasib..untung batu tenggelam..untung sabut timbul,tidak mustahil besar risikonya.Risiko tetap ada sebenarnya.Bezanya besar atau kecil jurangnyakan.

Langkah pertama itu..bukan sekadar mempengaruhi kehidupan kita hari ini di dunia sahaja.Sebenarnya..langkah-langkah pertama itu juga sangat memberi kesan dan mempengaruhi bagaimana kehidupan kita di SANA kelak..boleh jadi mudah untuk kita terlepas di dunia.Mudah juga kita kecapi nikmatnya di dunia..tapi nanti di sana..ya,di sana.Moga langkah pertama itu mendekatkan kita dengan pintu-pintu syurga dan menjauh daripada gelap dan panasnya neraka Allah SWT.Aamiin.


related image
Langkah Pertama Itu .. | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. First step selalu penting. Lagi penting dalam step tu is NIAT. Niat betul, inshaAllah lagi mudah kan Kak PC kita nak dapat kesan yang baik dari first step tu? 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak.Betul sangat-sangat tu Syaza.Niat.Tunggak pertama yang mesti selaras dengan langkah pertama.Moga ada juga redha Allah bersama-sama setiap niat dan langkah kita.Aamiin.

      Padam
  2. kadang nak buat langkah pertama tu lah yang ambil banyak masa untuk berfikir sedalam-dalamnya, kan..kan..kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat..KUAZUE.Berfikir lama dan sedalam-dalamnya itu lebih baik daripada menyesal di kemudian hari..

      Padam
  3. Langkah pertama ni sangat besar impaknya.. Macam nak kahwin bila dah buat keputusan untuk itu, kena bersedia kiri kanan atas bawah mental fizikal. Heeee. Moga kita kuat apa saja ujian mendatang..

    BalasPadam
  4. suka dgn kata2 pc.
    nape nak fikirkan kesannya sebelum mengorak langkah pertama tu.
    mulakan dgn azam yg berkobar2. positif. krn Allah :)
    sebab akibat kesan pasti akan jadik elok kiranya pelaksanaan nya elok, kan.
    jgn takut!
    takkan ada sesuatu tu if tak mulakan.

    BalasPadam
  5. Pernah ada ustaz berkata, kita beruntung lahir ke dunia sudah sebagai Islam. Setidaknya, langkah pertama sedikit mudah.. menyuburkan amanah yang diwarisi itu dengan ilmu, amal dan iman. Moga kita tidak tersilap dalam langkah-langkah seterusnya agar dapat menyampai kepadaNya kelak.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama