Jangan Fikir Kaya Jangan Anggap Miskin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN FIKIR KAYA JANGAN ANGGAP MISKIN | Bila tengok dan tahu orang dapat lebih atau boleh beli lebih daripada kita toooooolong sangat-sangat jangan ada rasa yang tidak putih dihati.Bila yang dapat lebih dan mampu memiliki lebih..toooooolong juga jangan pandang yang kurang daripada kita itu langsung tak ada apa-apa..cepat-cepat kikis rasa yang melindungi kasih sayang Allah SWT daripada mahu mendekat.Bohong sangat rasa iri hati itu langsung tidak adakan..kan manusia..bukan orang-orang tengah sawah tak ada nafsu..tak ada perasaan.Tapi....rasa iri hati pun kalau diurus dengan baik..baiklah jadinya.InshaAllah.Aamiin.

Jatuhkan diri.Matikan hati.Jangan ada rasa begitu walau tidak dapat dielakkan daripada rasa sebegitu bercambah.Betul,ada masanya kita akan rasa down sangatkan.Rasa yang bukan direka-reka tapi datang dengan sekelip mata.Berasa terperuk,terburuk dan hambar segenap jiwa raga..aduh..pilihlah berusaha mengubah nasib berbanding meratapi nasib.Berubah tidak semestinya perlu besar dan pantas..perubahan yang kecil,,perlahan dan sedikit demi sedikit kalau berterusan ianya memberi impak luar biasa juga.

Jangan fikir kaya jangan anggap miskin.Allah beri "kecukupan" kepada semuanya di dunia ini sebenarnya.Yang membezakan adalah penilaian manusia daripada segi apa yang manusia miliki dan perolehi lantaran itu terlihat ada lebihnya dan ada kurangnya..ada perbezaannya di mana-mana.Walhal semuanya daripada Allah SWT..yang tidak lebih dan tidak kurang semata-mata untuk menguji dan mahu dinilai hati dan keimanan seseorang itu.

Kerberkatan itu tidak dipandang pada kuantiti atau kualiti apa yang kita miliki.Melainkan daripada permulaan sesuatu itu kita perolehi.

related image
Jangan Fikir Kaya Jangan Anggap Miskin  | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 comments:

  1. Bersyukur apa adanya rezeki dari Allah ada bahagian masing-masing kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Syukuri.Apa pun sentiasa berterima kasih pada Allah SWT.

      Delete
  2. Betul tu PC.. bersyukur dengan apa yang ditakdirkan untuk kita dan jangan bersangka-sangka pada orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian setiap orang tak samakan kak..kita syukuri bahagian kita..kita doakan untuk orang lain juga.

      Delete
  3. Susah nak kawal hati kita. Tp kalau kita sentiasa bersyukur, kaya atau kurang tak berbekas di hati pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..syukur itu penting..rasa cukup bila sentiasa bersyukur.

      Delete
  4. saya nak kaya...

    kaya amal,pahala, rahmat Allah dan kaya harta benda agar boleh diinfakkan kepada orang Islam itu sendiri..

    bayar zakat lebih nikmat berbanding menerima zakat

    sebab itulah saya nak kaya dan kaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Setiap org ada rezekinya dan kelebihannya yg berbeza2. Allah juga selalu beri apa yg kita perlu dan bukan yg kita minta :)

    ReplyDelete
  6. Jadilah hamba yang bersyukur di atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Insyallah, jika kita sentiasa bersyukur, kita tidak akan mudah untuk lupa diri...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas peringatan ini PC... mudah2an kita semua tergolong dikalangan org2 yg kaya diakhirat kelak... aamiin.

    ReplyDelete
  8. kaya miskin ni ada byk angle nyer kan.
    not necessary pandang pada harta, pangkat, duit, jauh nyer holiday...
    aida suka ajar anak2 jgn pandang tu semua.
    kita pandang pd happy nyer idup kita takde masalah.
    makan cukup.
    pakai cukup.
    gi skola selesa. balik skola selesa.
    awak semua takde langsung masalah. hidup releks jer...
    then, kita akan rasa sgt 'kaya'.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..