Bila Sudah Terbiasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA SUDAH TERBIASA | Mahu berubah itu sukar.Kecuali atas kemahuan sendiri..ada usaha dan paling utama hidayah daripada Allah SWT.Allah nak beri hidayah pun tengok juga ada tak usaha daripada diri sendiri.Ada tak ikhtiar membuka pintu hati seluas-luasnya.Itu penting walau hanya mahu lakukan perubahan kecil.Apatah lagi pada perubahan yang lebih serius dan besar serta berat.

Mana dahulu..berubah dulu kemudian belajar..atau belajar dulu kemudian barulah berubah dan hidayah datang.Sebenarnya daripada mana pun mukhadimahnya dan lembaran yang dicoretkan..semuanya adalah telah terlebih dahulu di atur oleh-NYA.Tidak menjadi kesalahan bermula daripada mana pun dalam usaha mahu meengorak langkah ke destinasi kebaikkan dan memberi impak yang positif.Bukankah hidayah Allah boleh datang dengan izin-NYA melalui pelbagai cara dan waktu.

Bila sudah terbiasa memandang daripada skop yang kecil..maka sebegitu sahaja anggapan yang boleh dan bakal diberi.Begitu jugalah sebaliknya jika sudah terbiasa melihat luasnya dan jauhnya perjalanan..lain pula cara pemikiran dan pandangannya.Manusia sentiasa terdedah dengan satu-satu hal atau perilaku yang ''sudah terbiasa''.Kalau dibicarakan tidak kira dari perbuatan kebaikkan atau sebaliknya..terbiasa itu agak sukar dipalingkan daripada minda dan jiwa.

Ada ''sudah terbiasa'' yang biasa-biasa dan sederhana...ada juga ''sudah terbiasa'' yang fanatik lebih daripada biasa-biasa.Nampak tak.Itulah hakikat hari ini di dunia akhir zaman..hinnga lahirnya dua generasi atau kelompok yang dikategorikan sebagai ''netizen'' dan ''hatters''

Salam Jumaat indah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. cepatlah berubah ke arah kebaikan sementara masih hidup ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu.itulah yang terbaik.berubah ke arah kebaikkan dan lebih baik.InshaAllah.Aamiin.

      Delete
  2. kekadang nak mulakan langkah pertama tu yang teragak2. Bila dah mula, semuanya akan ok, InShaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.Setuju.Bila dah mulakan..dah boleh cari rentak..dah kesesuaian..inshaAllah semua boleh dilakukan...

      Delete
  3. Salam Jumaat Kak PC 👍🏻😊

    ReplyDelete
  4. semoga semakin hari kita berubah ke arah semakin baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..aamiin..aamiin..aamiin.Sebolehnya usahakan..selagi mampu.

      Delete
  5. ada elok nyer "sudah terbiasa".
    ada tak elok nyer.
    bergantung kpd apakah perbuatannya?
    kiranya tak elok, lebih baik la diperbaiki.

    ReplyDelete
  6. Semoga kita terbiasa dengan perkara yang baik-baik..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..