Berserah Bukan Menyerah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERSERAH BUKAN MENYERAH |Berasa lelah bila sesuatu yang diusahakan belum membuahkan atau menampakkan hasil itu bukan satu yang asing.Kita manusia biasa.Keimanan kita sentiasa diuji supaya kita sentiasa sedar dan tahu bahawa bukan mudah dan tiada jalan pintas untuk melangkah ke syurga-NYA.

Kerapuhan hati sering memerangkap diri kita sendiri.Rasa mahu segera menyerah sering berbisik dan kuat membelenggu fikiran.Ya,berputus asa itu satu cara mudah anasir asing untuk menguasai diri manusia.Di ketika Manusia mula menyerah.. Itulah titik lemah yang paling maksimum..saat itu kita mudah ditakluki dan mudah dikuasai.

Berserah bukan menyerah.. ..

A003

*****
Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

*****
Surah Al Ahzaab
Ayat 3

Gagal dan terus gagal.Kecil namun besar impaknya.Mempengaruhi setiap tindakkan dan kelancaran sesuatu yang diusahakan dan cuba direalisasikan..niat.Kadang hanya disebabkan khilaf memasakkan niat dihati banyak hal tergendala dan menjadi tidak jelas untuk dilaksanakan.Niat yang sepatutnya kerana Allah SWT terpesong entah ke mana arahnya.Justeru betulkan dulu niat.Bulatkan hati berserah pada-NYA.

Berserah setelah berusaha dan berdoa tapi jangan menyerah sebelum lakukan apa-apa.Paling penting..ingat,niat tidak pernah menghalalkan cara.Cara yang baik pasti datang dari niat yang baik.InsyaAllah.

Jumaat indah untuk semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

14 comments:

  1. betul tu pc. rasa nk cepat menyerah tu memang sentiasa ada. tp bila pikir semula, kita serah je pada Allah. Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia kak...PC sendiri pun ada rasa macam tu..rasa nak menyerah..tapi bila fikir semula boleh jadi usaha belum cukup.usaha lagi kemudia serahkan pada-NYA..tawakkal.

      Delete
  2. pc, dua-dua pernah rasa. berserah setelah menyerah..huwaa...seandainya mampu ku tulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai satu tahap kadang rasa menyerah itu terlebih dulu datang berbanding berserah selepas usaha dan doa.PC pun tak lepas dari begitu.

      Delete
  3. BERSERAH DAN TAWAKAL KETENTUANNYA SETELAH BERUSAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..dulukan usaha,doa baru berserah..

      Delete
  4. Ada masanya memang nak menyerah je tapi kuatkan semangat dan kembali pada Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha..memang ada masanya rasa nak menyerah tu tinggi dan tebal dalap hati dan fikiran kita.

      Delete
  5. Pernah rasa berserah betul tapi cepat tepis rasa down tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Husniey...kadang menyerah tu lebih dulu berbanding berserah selepas berusaha da berdoa.

      Delete
  6. bertawakkal kpd Allah selepas segala usaha telah dilakukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu.Moga tawakkal kita Allah terima dan menjadi tambh nilai pada perhatian Allah SWT.

      Delete
  7. Saya tertarik dengan kupasan tajuk ni. Buatkan saya teringat dengan tulisan saya tempoh hari. Menarik untuk di kupas dan dibincangkan secara ilmiah. http://bit.ly/2LYxXk2

    ReplyDelete
  8. nice.
    berserah setelah berusaha, kan :)
    belum buat tetiba nak berserah, e'eh tak boleh la kan.
    mana ada jalan gitu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..