Teruskan,Gandakan,Amalkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERUSKAN,GANDAKAN,AMALKAN | Ketika mengisi waktu senggang bila tetamu mula pulang..sementara menanti tetamu lain yang sudi bertandang..PC dan keluarga duduk santai bersembang..bukan mudah nak balik kampung..walaupun kerap telefon..bagi PC ianya memberi momentum yang ketara berbeza berbanding sembang secara berhadapan.Feel nya tu lain macam.

Disaat inilah kami mengenang saudara mara yang telah pergi memenuhi janji yang hidup ini nanti akan berakhir kembali menemui Penciptanya kembali.Belum pun setahun arwah Pak Uda dan atok saudar PC meninggalkan kami..malam dan pagi Syawal dua orang lagi saudara dekat dan rapat keluarga PC kembali menghadap Ilahi.Dalam masing-masing gembira,Allah tetap hantar pesanan dan beri ingatan..semuanya bakal dilepaskan..bakal ditinggalkan dan tidak bererti apa-apa lagi.Mesti sentiasa berpada-pada dan jaga tingkah laku diri sendiri juga ahli keluarga.

Tetap rindu Ramadhan.Terdengar-dengar takbir Syawal.Masih sempatkah kita menikmatinya bersama insan-insan yang disayangi untuk tahun seterusnya.Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengatahui segala-galanya.

Teruskan.Gandakan.Amalkan.Andai Ramadhan dijadikan satu permulaan kebaikkan ..maka teruskan kebaikkan itu hingga bila-bila moga ianya menjadi pelaburan terbesar dan hebat untuk kita kelak.Tidak salah juga setiap apa yang dilakukan itu gandakan supaya bukan diri sendiri sahaja menikmatinya,malahan banyak orang dapat merasainya..ilmu yang ada,tidak diamalkan itu sia-sia..jangan hanya di bulan Ramadhan..jangan juga hanya di bulan Syawal..sebagai contoh mudah dan ringkas..teruskan bertadarus biarpun di luar bulan Ramadhan..teruskan berkunjung dan bermaaf-maafan biarpun telah berakhirnya Syawal.

related Image
Teruskan,Gandakan,Amalkan | Gambar Google

Tarikh luput usia kita menjadi satu rahsia.Mengingati kematian buat manusia sentiasa menghargai kehidupan yang sementara dan seketika.Justeru,teruskan,gandakan dan amalkan apa yang baik-baik bila ianya telah kita mulakan..jangan lakukan hanya bermusim dan pada waktu-waktu tertentu sahaja..moga ganjaran kebaikkan itu terus mengalir deras..inshaAllah.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

13 comments:

  1. Selamat hari raya PC. Maaf zahir batin. Semoga semangat dari madrasah ramadan terus dikekalkan hingga ke ramadan akan datang. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...betul Kak Ana..harapnya mcam tulah..apa sahaja yang baik..dapat diteruskan sampai bila-bilakan..inshaAllah.

      Delete
  2. InsyaAllah PC ..tahun ini tak sempat nak khatam Quran di bulan Ramadhan..insyaAllah akan teruskan sehingga ke juzuk terakhir ...sedih sangat rasa ... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Sis..yang penting teruskan membaca..inshaAllah habis nanti..aamiin.

      Delete
  3. Dalam menyambut Lebaran yang gembira ada juga terselit kisah sedih.
    Samalah dengan Mrs. A walaupun happy tapi tetap terselit kesedihan bila menziarah kubur arwah abah Mrs. A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatan daripada Allah ni indahkan Mrs A..banyak cara Allah nak tegur kita nak ingatkan kita dan nak didik kita..dalam gembira..diberi ujian supaya kita tak lalai dan lupa untuk bersyukur.

      Delete
  4. tu la yg sebaik nyer.
    teruskan amalan. meskipun ramadhan dah berakhir.
    nafas kita masih lom terhenti.
    yg baik tu, istiqomah.
    aida ni, sedang cuba istiqomah utk baca al-Quran terutama lepas subuh & zohor.
    tu la slot yg sgt free, tanpa otak fikirkan komitmen lain.
    kena paksa diri, PC. if not, aida terleka dek ntah hape-hape!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun berusaha kekalkan rutin baca Al Quran..tak banyak tapi kalau selalu inshaAllah habis juga..aamiin.

      Delete
  5. Beramal dan berbuat kebaikan selagi sempat

    ReplyDelete
  6. Thank you for spreading kindness PC =) Betul, benda kebaikan ni tak kira lah bulan apa sekalipun, seeloknya memnag harus sentiasa diamalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seboleh dan semampunya kan Nad..sebab itu nanti jadi bekalan kita kelak.Aamiin.

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati dgn kebaikan dunia dan akhirat.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..