Sakit

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SAKIT | Kalau di tanya pastinya ramai yang lebih memilih untuk sentiasa sihat,kerana sihat itu luas nikmatnya.Nikmat yang sering dikecapi dengan rasa yang indah-indah dan mewah dengan rasa yang berbunga-bunga.Alhamdulillah.Namun begitu terkadang kita lupa..biarpun sakit itu suatu yang sebolehnya mahu dihindari dan ditepis..ianya tetap datang dan menghampiri juga kerana PC percaya setiap apa yang Allah SWT izin berlaku setelah puas kita berusaha(jaga kesihatan)..ada juga manis dan hikmahnya.

Tidak menjaga kesihatan itu cuma satu daripada banyak sebab atau punca.Bila sakit bererti tidak menjaga kesihatan dengan cukup baik.Tidak makan ubat itu..ubat ini.Tidak amalkan gaya hidup sihat.Tidak amalkan cara pemakanan sihat.Pendek kata tidak semualah.Persoalannya,adakah setelah kita usaha menjaga dan mempersiapkan semuanya itu satu jaminan yang kita tidak langsung akan sakit?..dan sakit itu tidak semestinya yang itahap kritikal dianggap sakit.Pening,batuk,selesema itu juga tetap sakit bukan.

Setiap manusia berpotensi untuk sakit.Siapa pun kita.Apa pun kedudukan atau pangkat kita.Apa sahaja kerjaya kita.Di mana juga kita berada.Kalau pun tidak selalu atau kerap..sesekali kita sakit juga.Sakit atau penyakit tidak memilih mengikut status,jenis kerjaya dan sebagainya.Bila Allah mahu..bila Allah izin..ya,ianya berlaku juga.Justerus jangan hairan kalau seorang Doktor pun sakit dan bermalam diwad.Jangan pelik kalau jururawat pun sakit dan perlukan rawatan khusus.Apatah lagi kalau manusia yang jauh dari mengetahuan bidang perubatan..

Daya ketahanan dan pertahanan tubuh ada hadnya.Tubuh kita boleh dipaksa.Boleh.Memang boleh namun sekadar mana ianya boleh bertahan dan mampu terus seperti tiada apa-apa rasa.Mengantuk ubatnya tidur.Letih ubatnya rehat.Bila dahaga ubatnya minum air secukupnya.Andai dijaga dengan baik inshaAllah baik-baik sahaja.Setelah dijaga pun berlaku sebaliknya..itu bukan kuasa kita.Itu atas mahu-NYA DIA.Seberapa banyak pun ilmu kesihatan yang kita thu dan ambil tahu..berapa banyak jenis pun ubatan atau vitamin yang kita ambil dan amalkan..apa pun jenis rawatan dan aktiviti sihat yang dilakukan..niatkan usaha kerana Allah..kerana itu bukan benteng menghalang qada qadar Allah untuk mendekatkan sakit pada kita.

Sakit itu menyakitkan.Tapi ingatlah sakit itu juga satu kafarah yang menggugurkan sedikit dosa-dosa ringan kita..moga setiap ujian kesakitan yang Allah beri itu nantinya menjadi berita gembira untuk kita di akhirat kelak dan merawat rasa sedih kita di dunia serta lebih mendekatkan kita dengan-NYA.Aamiin.

Related image
Sakit | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. HADAPI SAKI DGN REDA ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  2. HADAPI SAKIT DENGAN REDA INSYAA ALLAH HILANG RENGSANYA

    BalasPadam
  3. Sakit ada ubatnya dan ada hikmahnya. Kita orang islam beruntung sebab jika kita redha, pahala free akan mencurah kepada kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Alhamdulillah.Selagi mana sentiasa redha dan sabar.

      Padam
  4. terima kasih atas peringatan Kak PC =)

    BalasPadam
  5. Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.
    Pasti ada hikmah disebaliknya.

    BalasPadam
  6. bila sakit kita pasti teringat padaNya tapi jangan tunggu sakit utk ingat kan..

    BalasPadam
  7. In shaa Allah... aamiin2.. saya pun tak tahu mcmmana diri ini nanti dan sakit apa yg bakal menanti bila usia semakin meningkat.. Allahuakbar.

    BalasPadam
  8. insya allah semua penyakit pasti ada obatnya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama