Muda Remaja yang Kian Menjauh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MUDA REMAJA YANG KIAN MENJAUH |Setiap hari yang dilalui..seirinya usia yang Allah SWT amanahkan.Nanti bakal ditanya apa yang dilakukan ketika di usia muda..remaja..belia.Allahu.Ada yang sangat peduli dengan usia.Ada yang tidak ambil peduli pun kerana menganggapnya usia itu sekadar angka.Pun ya juga.Bagi PC usia itu bukan sekadar angka namun ianya amaran dan tanda aras untuk lebih mengingatkan diri akan kematian yang pasti..kematian dan amalah satu rantaian dan ikatan yang paling saling berkait satu sama lain.Mahu tidak mahu..sering juga bertanya pada diri.."bagaimana dan sudah cukupkah amalanku untuk dijadikan bekalan kelak".

Mengurangkan kesan penuaan dengan menjalani pelbagai rawatan kekinian dan menjaga rutin pemakanan  itu mungkin boleh dilakukan namun sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menentang peningkatan usia dan pross penuaan itu sendiri kerana ianya terjadi cara semulajadi pada semua orang.Biarpun semangat kita sentiasa muda namun tidak pada fizikal kita yang sentiasa bertenaga.

Muda remaja yang kian menjauh.Hakikat yang tidak mampu disangkal sebenarnya.PC sendiri berasakan itu semua.Buktinya telah banyak nikmat yang Allah SWT ambil semula sedikit demi sedikit baik sedar atau tidak sedar.Bila mana semakin tua banyak makanan sudah tidak boleh diterima tubuh dan perut.Ghairahnya nafsu makan tidak sekencang dulu-dulu.Selera semakin berkurang dari masa ke semasa.Itu belum lagi perubahan fizikal..kulit berkedut,kering,rabun,uban,mudah lupa dan sebagainya.

Terkadang manusia lupa muda remaja yang kian menjauh hingga berusaha bersungguh-sungguh untuk bawanya kembali semula..bukan tidak boleh namun harus lebih berpada-pada kerana adahal wajar dilakukan..ada hal ianya lebih menampakkan keanehan yang tidak sedap dilihat mata.

Mood raya yang masih membara.Kalau Ramadhan 30 hari..syawal boleh jadi 40  hari..justeru itu berpada-pada memilih makanan ya.

Related image
Muda Remaja yang Kian Menjauh | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC,
    Sesungguhnya peralihan manusia dari masa muda kepada masa tua adalah fitrah. Siapakah yang dapat menahannya seandai mati tidak menjemputnya pergi di usia muda. Sedangkan masa dan usia di antara perkara yang amat terbatas bagi manusia. Sedar atau tidak, masa terus berlalu tanpa menunggu persetujuan kita. Sama ada kita menyambut atau menentangnya, ia terus berlari dan berlari tanpa dapat dihalang.

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya kak PC. Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  3. Semakin hari usia semakin bertambah.. semoga kita semua dpt dipertemukan dgn ramadan lagi.. aamiin.

    BalasPadam
  4. semakin bertambah usia, semakin banyak kehilangan yang kita lalui..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama