Kehangatan Syawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Cantik tergantung lepat berikat
Lepat disusun bertingkat-tingkat
Baik kerabat mahupun sahabat
Setiap yang bertandang membawa berkat

Sepanjang malam pelita dinyalakan
Menerangi kanan dan kiri jalan
Tradisi marhaban masih dibudayakan
Erat ukhuwah saudara dan jiran

Bersongkok hitam berselendang serban
Melangkah bertamu beriring-iringan
Undangan rumah terbuka rancak dikhabarkan
Jauh dekat sama-sama dialu-alukan

Rancak tetamu duduk berbual
Sambil menjamah juadah terhidang
Masih terasa kehangatan Syawal
Terus dirai bersama-sama yang tersayang

Rasa keletihan tidak boleh dimungkiri
Namun terasa bahagia dihati
Kunjung mengunjungi masih meriah di sana sini
Teruslah berukhuwah kerana Ilahi

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

5 comments:

  1. Kehangatan Syawal masih dirasai walaupun masuk 4 Syawal.. cepat betul masa berlalu.

    ReplyDelete
  2. Masih terasa hangatnya Syawal.. Semoga tali persaudaraan semakin dekat dengan kunjung mengunjungi..

    ReplyDelete
  3. Rajinnya pc berpantun! Heheh kalau masuk contest pantun pantun boleh menang ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pc! :D

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Maaf zahir batin kak PC ya ❤️ ❤️

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..