Gulung Lengan Baju..Ketiak Masam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

GULUNG LENGAN BAJU..KETIAK MASAM | "Kerana Allah".Bukan mudah nak buat kerana Allah kerana buat kerana manusia itu lebih mudah.Tetapi kalau kita sedar buat kerana Allah itu lebih manis..pasti kita akan berlapang dada bila mana buat sesuatu itu ditolak manusia.

Ada yang suka.Ada yang tidak suka.Itu perkara lumrah.Sangat biasa.Sayangnya bila tidak mahu ubah apa yang dijadikan satu kebiasaan itu pada perkara yang salah.Itu luar biasa.

Melakukan sesuatu kerana Allah itu susah.Melakukan sesuatu itu bersungguh-sungguh juga payah sangat.Kadang hanya diawal terlihat bersungguhnya..bila sudah digenggam lain pula rentak dan iramanya.Janganlah.Tak kesian pada orang lainkah..dan tidak kesian pada diri sendiri juga nanti di sana bagaimana mahu berhadapan dengan DIA.

Siapa pun kita,ingatla kita ada peranan masing-masing.Pada keluarga,pada agama,pada negara dan pada diri sendiri.Sungguh-sungguh mendayung,besar macam mana pun ombak inshaAllah ke tebing juga.Sungguh-sungguh mendaki,lelah macam mana pun inshaAllah jejak ke puncak juga.Bila setiap kita sedar diri inshaAllah tidak kisah untuk gulung lengan baju.Tidak hirau juga ketiak masam.Begitulah ibaratnya.

Syawal semakin dekat..bakal ramai tetamu yang berkunjung..bersedia basah ketiak cuci pinggan mangkuk dan memasak untuk dihidang kepada tetamu.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

4 comments:

  1. True. Anyway, Eid Mubarak to you in advance and can't wait to roll my sleeves to wash the dishes for this upcoming feast.

    ReplyDelete
  2. Beberapa hari penghujung ramadan agak sibuk dgn pelbagai persiapan. Surau dan masjid di kariah juga menyeru agar dimanfaatkan penghujung Ramadan sebaiknya. Hari raya pun bakal sibuk juga dgn kemeriahan keluarga dan sanak saudara.. subhanallah. Mmg kena gulung lengan tp kena pastikan juga ni yg ketiak tak masam hehe

    ReplyDelete
  3. terkenang ari tu, borak dgn adik kat umah mak.
    "kita ni, seharian lengan baju tak kering!!!" ha ha ha ha ha...
    baju raya dah mcm tak raya. umah mak aida ramai dtg, umah org tua, kan :)
    tapi ketiak x masak la, pc :) ha ha ha ha... and kami memang fix cermin kat sinki mak tau.
    senang nak betulkan tudung :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..