Di Pertengahan Jalan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DI PERTENGAHAN JALAN | Secantik mana pun jalan dan laluan yang kita lalui..walau sedikit ada lopaknya..ada retaknya..ada juga kekurangannya di mana-mana.Seluas lautan yang membiru..sejernih apa pun airnya hingga terlihat hidupan di dasarnya..sesekali ombak menghempas juga.Begitulah setiap langkah kita..kalau tidak di awal..boleh jadi di pengakhiran..mungkin juga di pertengahan jalan kehidupan.

Doa yang sentiasa diminta-minta.Insan yang baik sentiasa berdoa dan mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan insan-insan disekelilingnya.Sedari awal Allah SWT hidupkan hingglah nanti suatu saat Allah SWT panggil kita semula kalau boleh biar semuanya sentiasa lancar dan baik-baik sahaja juga sentiasa mewah dengan kasih sayang-NYA.

Rahsia yang menguji untuk terus memuji.Apa sahaja yang kita tahu itu terhad pada apa yang sesama kita merancangnya.Jadual hari ini.Esok dan seterusnya.Namun perubahan itu tidak mampu kita meneka-neka kerana ianya ada kaitan dengan rahsia yang menguji untuk terus memuji.Banyak perkara Allah SWT rahsiakan.Untuk melihat sabarnya manusia,redhanya hamba dan tawakkalnya umat akhir zaman.Moga bila dipertengahan jalan kehidupan diuji..kita tetap terus memuji-muji dan mencari-cari..*dalam kerapuhan hati dan tipisnya iman PC sendiri pun sering tewas dengan ujian dan perasaan*.

related image
Di Pertengahan Jalan | Gambar Google

Seandainya manusia sentiasa mengharapkan kemanisan dan nikmat kehidupan di dunia..tidak pernah kekal dalam dakapan kerana dunia yang indah dan sementara ini tempat manusia mengumpul kekayaan untuk kehidupan di akhirat kalak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


10 comments:

  1. semoga kita mendapat redhaNYa sentiasa :)

    ReplyDelete
  2. bukan mudah melalui hidup namun ujian dan dugaan itu cabaran yang harus ditempuhi kerana kemanisannya yang berada di akhiran nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..bukan mudah..sentiasa ada ujian untuk menduga iman kita..tapi itulah tanda Allah kasih..amiin.

      Delete
  3. Yang menakutkan jika Allah ambil nyawaku di saat di pertengahan Sis sedang berubah menjadi yang lebih baik..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sis..terfikir juga macam tu..kerana PC sendiri sedang belajar perbaiki diri dari masa ke semasa..

      Delete
  4. semoga dapat diteruskan perjalanan :)

    ReplyDelete
  5. suka dengan kata kata kak PC. macam puitis romantis gitchuw. hehehe.

    jemput join segmen blog saya kak :D http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete
  6. Semoga dalam kehidupan kita awal, pertengahan atau akhir.. semuanya dalam redha Allah kan PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..