Boleh Sesuka Hati..Tapi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BOLEH SESUKA HATI..TAPI | Buat sesuatu yang kita suka itu sangat membahagiakan.Hati lapang,fikiran tenang.Buatlah selagi ianya terus berada pada situasi yang tidak berbahaya,tidak menyusahkan dan tidak juga melanggar apa yang telah ditentukan dan ditetapkan Tuhan.Bukankah hidup itu memerlukan garis panduan dan peraturan.Bukankan bahagianya hidup di kehidupan mendatang itu kerana lebih banyak kebaikkan dan limpahan kasih sayang Tuhan.

Mahu becakap.Cakaplah sesuka hati tapi jangan ikut hati.Becakap namun masih menjaga perkataan yang dilontarkan.Jangan cakap dahulu kemudian fikir..tapi fikirkan dahulu kemudian tentukan perlu atau tidak untuk dilisankan.

Makan.Makanlah apa yang dirasakan mahu dimakan.Makan makanan kegemaran,atau yang dapat memenuhi keinginan boleh buat seharian sangat membahagiakan.Tapi ingat,makan cukup untuk hidup..bukan hidup untuk makan.Jangn lupa bismillah.jangan terlepas alhamdulillah.

Berpakaian.Wahyu yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril untuk sekalian umat.Setara.Sekata untuk semua yang taat dan percaya.Kepada juga yang memilih jalan lurus dan kebenaran.Hukum yang sama cuma mungkin cara memperaga yang berbeza.Mahu bergaya dipersila.Mahu memperaga terserah tapi tidak usah keterlaluan.

Berhibur.Eh boleh sahaja.Hiburan itu satu keparluan bagi manusia.Hiburan tidak semestinya berjoget-joget.Tidak perlu juga terkinja-kinja walau ada yang memilih itu sebagai satu hiburan.Tidak semestinya juga modal yang besar..tapi kalau mampu silakan.Kalau duduk santai depan rumah..duduk bawah pokok mempelam..sambil makan pelam cicah kicap+cili+gula..gurau-gurau..itu juga hiburan.Zaman sekarang hiburan dihujung jari,sambil buang air besar pun boleh dapat hiburan..buka youtube tengok baby shark dududududu..tak gitu.Berhiburlah dengan selamat dan bersih daripada anasir negatif.

Banyak hal boleh dilakukan sesuka hati..tapi berbatas.Buatlah..selagi mana masih daalam kesederhaan..dan berasa kecukupn..inshaAllah selamat dunia hinggalah akhirat.Itu tak boleh..ini tak boleh..rimas..jangan rimas dengan hukum kerana hukum itu bukan menjerat tapi menyelamat..aamiin.

related image
Boleh Sesuka Hati..Tapi | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. ya...bersederhanalah... tq di atas ingatan yang diberikan... jemput dtg berkunjung ke blog kita pula ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebolehnya bersederhanalah.Alhamdulillah dah singgah.

      Delete
  2. bab hiburan tu kadang kadang ada yang ambil kesempatan. buat majlis raya tapi ada tari menari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh kawal..kawallah..hiburan itu keperluan..tapi bila berlebihan itu berbahaya untuk kita.

      Delete
  3. semoga kita terus diberikan hidayah dan bersederhana dalam apa jua baik percakapan, pemakaian dan juga hiburan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.Dalam segenap hal kaan..moga sejahtera dunia sampai akhirat.Aamiin.

      Delete
  4. BOLEH SAJA SESUKA HATI TAPI ADA BATASANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PI..yang serig dilakukan adalah langgar dan lupa batas.

      Delete
  5. Berserdahana itu lebih baik dan sunnah juga. Dalam sunnah pasti ada keberkatan dan kejayaan, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..