Ada Baiknya Juga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA BAIKNYA JUGA | Jauh kita dekatkan.Dekat kita rapatkan.Rapat kita eratkan.Begitulah cara bagaimana membina dan menjaga silaturahim.Tidak semestinya bersua secara langsung pun kerana setiap orang ada kekangan yang berbeza-beza..kalau dapat terus berhubung melalui teknologi pun itu sudah boleh dianggap sangat bagus. 

Sesekali bertemu itu manisnya lebih.Akrabnya lebih.Mesranya lebih.Mungkin macam janggal diawal-awal kerana mencari rentak yang tumpul..tetapi percayalah nanti bergulanya luar biasa.Bukan bererti sering bertemu itu tidak bagus dan tidak indah..tetapi lain rasanya bila jarang-jarang bertemu.Manakala bila sering bertemu pun ada baiknya juga..akan lebih saling mengerti satu sama lain jugakan..tak gitu.

Dekat namun berasingan.Duduk biarpun hanya dua depa jaraknya..namun dibumbung berasingan..auranya juga ada beza.Sekali lagi PC tegaskan..bukan duduk sebumbung itu tidak bagus dan membawa keburukkan..bergantung pada pilihan dan utamanya rezeki masing-masing..lihat juga keperluannya.Jangan kecam orang tinggal sebumbung dengan keluarga,ibu bapa atau adik beradik..jangan juga dibangga kalau dapat tinggal dikediaman sendiri..apa pun situasi yang penting mesti selalu bersyukur.

Setiap apa pun yang terjadi ada baiknya juga walau dipermulaannya jelas buruknya lebih ketara.Terkadang hikmah itu hadir setelah musibah melanda.Tidak semestinya hikmah diawali dengan semua permulaan yang indah-indah.Terserah pada kita bagaimana menilainya sahaja.

related image
Ada Baiknya Juga | Gambar Google
Ikatan ukhuwah andai erat..biar jarak memisahkan..kasih sayang itu sentiasa subur

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit



7 comments:

  1. Ada masanya jauh itu lebih baik berbanding berdekatan..

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang perlu menjarakkannya, sebab dekat biasa berbau, jauh ye wangi, tu pepatah orang tua kan PC ...
    Bukan menjauhkan bermakna tak ingat, tapi jauh di mata dekat di hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sis..itulah yang sering dikiaskan orang tua-tua..namun yang dekat itulah yang lebih dulu banyak jasanya walau tidak semua begitulah..tapi yang banyak jasanya itu peluang mereka senang di sana..dan yang jauh pun ada cara tersendiri tunjukkan empati dan beri perhatian.

      Delete
  3. Kekalkan hubungan silaturrahim tu yang terbaik.. :) jauh pun xpe tp sentiasa ingat dihati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh atau dekat..silaturahim itu sebolehnya dipelihara sentiasa.

      Delete
  4. Semoga silaturrahim kita semua di alam maya ini juga sentiasa diberkati dan dipelihara dgn doa yg berpanjangan... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..