Terlajak Cakap Tak Macam Terlajak Perahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERLAJAK CAKAP TAK MACAM TERLAJAK PERAHU |''TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TERLAJAK KATA BADAN BINASA''.''KERANA PULUT SANTAN BINASA..KERANA MULUT BADAN BINASA''.Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang.

Ilmu,iman dan akal itu ibarat hand break pada setiap kata-kata kita.Bila manusia mudah dibawa dan hanyut dengan emosi kadang itu yang cakap dulu baru tapis..baru nangis..bukankah sepatutnya tapis dulu baru ambil hasilnya dan kemudian dilontarkan dengan penuh hemah dan hikmah.

Tidak terlepas dan tidak terkecuali PC.Terkadang mencair bersama emosi dan panasnya hati..apa yang mahu dikata meleset ke arah yang entah apa-apa dan gelita.Manusia umat akhir zaman tidak terhindar daripada bicara dahulu baru berfikir tidak seperti yang Rasulullah SAW dan agama ajarkan fikir dahulu baru berbicara..paling tidak pun lebih baik diam sahaja.

Rasa puas hati bila dah cakap..gitulah lazimnya.Akibat?..nanti bila dah nak tidur..bila orang tegur atau nasihat..haaaaaa masa tu muka seposen.

Terlajak cakap tak macam terlajak perahu.Undurkan perahu atau ubah laluan dengan menggunakan pendayung itu mungkin lebih mudah kalau dibandingkan dengan menarik balik kata-kata.Sekali kita cakap orang akan pegang.Orang akan sentiasa ingat dan diulang-ulang.''Awak tak ingat apa yang awak cakap tapi jangan fikir orang lupa apa yang awak cakap''.Acah-acah lupa memang mendapatlah.Hihihi..

related image
Terlajak Cakap Tak Macam Terlajak Perahu | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit 

23 comments:

  1. Kak ana selalu mcm tu. Masa marah ckp ikut hati lepas tu menyesal. Sukarnya nk jinakkan nafsu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kak.Ini yang PC rasa susah nak kawal. Tu yang kadang lebih pilih jarakkan diri dari terus cakap yang tak sedap didengari .

      Delete
  2. Betul lah apa yg dikata, sekali orang terlajak cakap, juju ingat sampai bebila...wpun dah maafkan tidak beerti lupa...jadikan sempadan lagi adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. PC pun lazimnya macam tu. Maafkan tetap maafkan sebab kita pun ada buat silap tapi lupakan macam susah sebab takut kena semula. .Serik.

      Delete
  3. kena jaga tutur kata kita. masa marah semua boleh keluar. bila dah cool menyesal pun ada. mohon dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Lagi bila ada tukang provoked..lagi menjadi. Lebih baik asingkan diri.

      Delete
  4. Betul sangat. Kadang-kadang mulut lebih laju dari apa yang otak fikir. Lepas tu menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kerana terlalu geram pun ya juga tu yang mulut lebih laju.

      Delete
  5. Setuju tu kak, bila kita marah begitu emosi sekali.. Orang pun boleh terasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Itu yang kena sentiasa berjaga-jaga.

      Delete
  6. tu la kan, bila terlajak cakap memang akan buat hati berbekas ja dengan kata2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sama ada diri sendiri rasa menyesal atau orang lain terasa hati dengan kita.

      Delete
  7. lidah kita ni lagi tajam dari mata pedang, boleh hiris hati & perassan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga lidah orang lain boleh hiris hati kita.

      Delete
  8. Kenalah jaga percakapan Kota kerana Kalau dah tersilap ckp Dan mengguris hati susahlah Kita nak pulihkan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak pulihkan luka mudah tapi nak hilangkan parut bertahun-tahun.

      Delete
  9. betul. kadang sesetengah orang bila berbicara tentang sesuatu diorang rasa benda tu bergurau. Tapi sebenarnya apa yang diperkatakan tu bagi kesan mendalam terhadap seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesssss sangat-sangat. Itu yang PC kurang suka... Jadikan gurauan satu alasan untuk kenakan orang.

      Delete
  10. Jangan berbicara sesedap rasa
    takut ada hati yang terluka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Pakcik. Hujungnya diri sendiri teraniaya.

      Delete
  11. Bulan Ramadan lagiiii banyak dugaan nya kan

    ReplyDelete
  12. Kak Sue pun kadang suka terlajak juga bercakap bila dah marah atau letih.. tapi kadang tu rasa kalau tak boleh nak kawal baik diam terus lebih baik..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..