Sama Yang Ada Beza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SAMA YANG ADA BEZA | Alhamdulillah.Syukur hari ini masih lagi PC dan sahabat-sahabat yang lain diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini.Allahu.Menikmati nikmat yang tidak terhitung.Moga ianya tidak menjadikan kita manusia yang lalai.Aamiin.

Jumaat kembali.Ya,Jumaat sentiasa kembali mengganti dan mengisi hari seperti hari-hari yang lain pastinya.Jumaat itu sama..namun sama yang ada beza pada tarikh dan pengisiannya.Jumaat pertama di bulan Mei.Jumaat akhir sebelum melangkah ke bulan Ramadhan.SubhanaAllah.

related image

Biarpun berulangkali kita lakukan hal yang sama namun sama itu hanya pada kasarnya sahaja sedang hakikat sama yang ada beza.Itulah putaran..atau kitaran kehidupan atau riwayat manusia dan makhluk yang lain.Setiap satunya ada manisnya,ada nilainya dan ada kisahnya tersendiri.Apa yang telah berlalu sudah tercatat yang andai ianya satu aib..hari ini Allah telah lindungi aib kita.Sekiranya ianya satu yang indah..hargai dan jaga sebaiknya.

Ulanglah kebaikkan itu biar berulangkali.Usirlah keburukkan itu sekuat kudrat.Cukup sekali menjadi pengajaran dan pengalaman.Moga masih ada Jumaat dan hari lain juga untuk kita semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


17 comments:

  1. SALAM JUMAAT PC WALAU BERBEZA SEKIRANYA TIADA MSLHNYA TIDAK MENGAPA

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat PC.
    Harapnya bertemulah lagi kita di Jumaat yang seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Salam jumaat.. betul, ulangi kebaikan sehinggalah kebaikan itu menjadi kebiasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.Salam jumaat Tn.Aamiin inshaAllah.

      Delete
  4. salam jumaat pc... jumaat akan dtg dh masuk ramadhan... salam ramdhan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat kak Sheila..salam ramadhan kembali juga.

      Delete
  5. Salam jumaat penghulu segala hari.

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat PC.. setiap hari Jumaat hati sentiasa teringat-ingat ujian yang Allah beri pada Kak Sue pada hari nie..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..