Rezeki Itu Luas Sebenarnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI ITU LUAS SEBENARNYA |Berbicara soal rezeki luas sebenarnya.Cuma mungkin anggapan kita pada rezeki itu sedikit tersekat..maksudnya fokus kita itu membuatkan kita adakala lupa bahawa rezeki bukan sahaja apa yang kita makan dan berapa nilai ringgit yang ada pada kita saat ini dan berapa jumlahnya dalam tabungan kita untuk seharian dan persediaan masa akan datang.Ubah pemikiran kita.Luaskan skop kita bahawa rezeki itu melebihi daripada makanan,wang,pekerjaan,anak seperti yang sering digaris bawah oleh segelintir orang.Kita boleh tersenyum itu juga rezeki.Setiap deria yang kita miliki itu juga rezeki.Kita boleh kelip-kelip mata..boleh korek hidung,boleh kentut,boleh sendawa itu juga rezeki..nampak kecilkan..cuba kalau Allah tarik nikmat yang kita anggap kecil itu..ianya akan berubah menjadi musibah pada diri kita. 

Apa sahaja baik kecil atau besar..terlihat atau tidak terlihat..setiap yang Allah pinjamkan pada kita..itu amanah dan rezeki untuk kita.Islam,iman,akhlak itu juga rezeki untuk kita.Sejauh mana kita mensyukurinya.Sejauh mana kita menghargainya.Atau kita sibuk hitung dan membandingkan rezeki orang lain dengan rezeki kita..atau memperkecilkan rezeki orang lain yang tidak setara dengan rezeki kita.Ada basikal yang jarang rosak itu pun rezeki.Kita makan sedikit tapi sudah kenyang itu pun rezeki.Mudahkan.Kecilkan.Tapi itu jugalah namanya rezeki.Percayalah,rezeki itu luas sebenarnya.Lebih luas daripada pemerhatian dan jangkaan kita manusia yang mungkin menganggap dan membuat kesimpulan bahawa asal rezeki itu hanya harta benda dan kekayaan.Waima nyawa kita sendiri itu juga rezeki.Ibu ayah kita. Adik beradik kita itu pun rezeki. 

Jangan diintai nyamuk di seberang lautan sedangkan gajah didepan mata yang nyata dibiar bergelempangan..kesian dia.PC bersyukur diberi rezeki sahabat blogger yang semuanya baik hati dan sentiasa menyokong satu sama lain..

Bagi sahabat Blogger Kak PI,syukur hadiah buku yang Kak PI kirim telah selamat sampai ke kampung PC..kenapa PC beri alamat kampung kerana ketika itu PC bercuti agak lama di kampung dengan harapan hadiah buku itu sampai dan dapat PC terima ketika di kampung..tapi takdir Allah buku itu sampai setelah PC pulang.Tapi PC lega kerana buku itu selamat sampai dan dalam simpanan babah dan mama PC..(maaf Kak PI,PC tak dapat kongsi gambar hadiah buku daripada Kak PI kerana tak sabar nak khabarkan di blog)

related image


Untuk Blogger Cikgu AK alhamdulillah preloved novelnya telah selamat PC terima.

related image

related image

Terima kasih Kak PI dan Cikgu AK.Terima kasih juga kepada semua sahabat blogger yang lain yang sentiasa rajin dan sudi meluangkan masa singgah,baca serta meninggalakan ulasan pada setiap perkongsian PC..itu juga rezeki untuk PC yang sangat manis untuk dikenang.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


13 comments:

  1. Yee betul. pasti jangan mengeluh dalam setiap perkara.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah PC.. selamat membaca..
    Rezeki tu luas maksudnya..

    ReplyDelete
  3. tahniah dpt novel...rezeki tk pernah salah alamat..rezeki allah dlm pelbagai cara..semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Syukur.Betul..tidak semestinya wang ringgit sahajakan.

      Delete
  4. rajin update blog pun salah satu rezeki kan kak PC? :D

    ReplyDelete
  5. Tahniah PC Alhamdulillah rezeki dapat buku.

    ReplyDelete
  6. Tahniah.
    Kesihatan yang baik dan berpanjangan juga adalah rezeki Allah yang tak ternilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Netul tu..seterusnya boleh dan mudah beribadah.

      Delete
  7. Alhamdulillah... semoga silaturrahim sentiasa diberkati... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..