Pertarungan Sebenar Pun Bermula

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PERTARUNGAN SEBENAR PUN BERMULA | INSHAALLAH PC YAKIN SETIAP KITA SEDIA MAKLUM SEKARANG RAMADHAN MEMASUKI FASA KETIGA.Ya bagi PC fasa yang mencabar sangat.SubhanaAllah..bakal berakhir Ramadhan 1440H/2019M.Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Setiap adanya pertemuan pasti ada perpisahan.Ramadhan ini bukan sahaja mengajar kita menahan dari sesuatu yang boleh membatlkan niat puasa kita..tetapi banyak juga mengingatkan kita akan akhirat apabila satu demi satu kematian terjadi.

Moga mereka yang telah kembali kepada PENCIPTA sentiasa dilimpahi terangnya cahaya dan luasnya di kediaman baru yang nanti kita pun bakal menyusul juga.Al-Fatihah.Kenang dan sebutlah apa sahaja dan setiap kebaikkan mereka moga nanti menjadi modal dihari kebangkitan yang sebenar-benarnya.Aamiin.

Ada yang biasa-biasa.Tak kisahlah Ramadhan ke berapa pun..asal puasa cukup sebulan.Ada yang sentiasa menjaga setiap hari di bulan Ramadhan kerana di tahun akan datang belum tentu dapat merasainya lagi.Masing-masinglah.Pertarungan sebenar pun bermula.10 malam terakhir Ramadhan dengan mood Syawal yang sudah on menjadi satu pertarungan hebat dan berat untuk kita terutamanya PC lah..hujung-hujung Ramadhan ada yang memilih menunaikan umrah..ada yang sakan membersihkan rumah..tidak kurang yang keluar rumah mencukupkan setiap kelegkapan yang masih kurang..lantaran siang masih bekerja dan letih berpuasa.Allahu.

Apa pun..andai tidak keuzuran.Tiada hal yang betul-betul penting untuk menarik kita keluar rumah..tumpukanlah pada ibadah.Peringatan untuk PC juga sebenarnya..semua kebaikkan itu dari Allah SWT..yang lemah dan kekurangan daripada PC sendiri.

related image
Pertarungan Sebenar Pun Bermula

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Road to Lailatulqadar kak.. Moga kita berpeluang ketemu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah Husniey.Kita usahakan yang terbaik.

      Padam
  2. Semoga ada rezeki kita bertemu malam Lailatul Qadar kan PC.. tak sihat pun gigih curi masa juga nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Kak Sua..moga Allah beri kita nikmat itu..moga segera sembuh kak Sue.

      Padam
  3. Tingkatkan amalan kita untuk menemui malam Lailatulqadar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah Pakcik WP.Adalah rezeki untuk kita semua harapnya.

      Padam
  4. sangat mencabar 10 malam terakhir kak. hehehe

    BalasPadam
  5. Sekejap je Ramadan dah nak meninggalkan kita..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama