Membazir .. Eh Janganlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MEMBAZIR .. EH JANGANLAH

Kayu manis bunga lawang buah pelaga
Tiga sekawan sering menjadi penyedap rasa
Jangan dipersia lapar dahaga
Letih yang tinggal pahala entah ke mana

Menitis keringat timba air di telaga
Telaga lama hasil usaha sekeluarga
Tidak usah membuang tenaga
Perbesar perkara yang sia-sia

Bagus sikap saling percaya
Wajar diselit rasa curiga
Biar kering tekak membaca kalam-NYA
Itu lebih baik daripada bersembang suka-suka

Tibanya waktu pokok perlu dibaja
Tiada yang organik garam pun bolehlah juga
Membazir itu bukan pada makanan sahaja
Boleh berlaku membazir pada pahala juga

Ada yang sudah membuat persiapan raya
Lakukanlah ikut mana lebih selesa
Berhati-hati bila berbicara
Takut pahala kita diambil dia

Sesekali berkebaya nyonya
Tebal sulamnya beraneka warna
Bersusah payah meraih kasih sayang-NYA
Jangan sampai kita menggalas dosanya orang

Tenang sungguh menjalani ibadah puasa
Melunas rukun Islam ketiga
Isilah segenap waktu yang ada
Jangan dibazir begitu sahaja

Related image
Membazir .. Eh Janganlah | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

11 comments:

  1. Pembaziran tu bukan sahaja pada makan dan minum malah masa dan pahala.. semoga kita tidak membazir.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha.Nak dapat dan cari pahala bukan mudah..jadi jangan mudah-mudah bazirkannya.

      Delete
  2. BERPUASA DGN SABAR TIADA HIDANGAN YG TERLALU BNYKN IBADAH TIADA MSLH PMBAZIRAN MASA N KPERLUAN

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an puasa kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja

    ReplyDelete
  5. Pendek kata, bila mana kita membazir... Kerugianlah yang kita dapat.

    ReplyDelete
  6. rugilah berpuasa tapi membazir kan. kurang pahala puasa tu

    ReplyDelete
  7. Membazir itu sahabat syaitan.. dalam bulan ramadan ni secara tak langsung kita menyambung usaha syaitan melalui pembaziran, nauzubillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..