Masukkan Dalam Senarai Kira-kira

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MASUKKAN DALAM SENARAI KIRA-KIRA | Perbelanjaan tetap berlaku.Berbelanja bukan satu hal yang asing bagi setiap isi rumah.Apa yang membezakannya adalah pertambahan digit dan angka pada setiap jumlah pada hujung perbelanjaan itu sahaja.Tidak dinafikan..berbanding hari-hari biasa..mungkin atau hampir pasti..menjelang musim perayaan kadar perbelanjaan kita lebih tinggi sedikit atau sebenarnya lebih tinggi banyak..hehe.Ikut cara dan tabiat masing-masing berbelanjalah sebenarnya.

Ada yang tidak pelik lantaran memang sudah terbiasa berbelanja besar walaupun dihari-hari biasa kerana memang begitu keperluannya.Tidak kurang yang menapis berkali-kali senarai barang yang perlu diambil dan dibeli juga bagi menjimatkan kos yang bakal ditanggung.Raba poket sendiri..kerana kita sahaja yang tahu ukurannya pada kadar yang mana dan seberapa.

Seberapa yang ada itulah rezeki kita.Mahu menidakkan juga tidak boleh dan agak tidak jujur kerana hakikatnya setiap kita akan berbelanja lebih..cuma satu,setelah semua dan setiap apa yang perlu dan mahu dipenuhi dengan cara masing-masing..jangan lupa masukkan dalam senarai kira-kira perbelanjaan ketika berada di kampung.Berkongsikah.Persendiriankah..terserah,tetapi selitkan walau sedikit peruntukkan untuk perbelanjaan ketika dikampung.Tolonglah.

related image
Masukkan Dalam Senarai Kira-kira | Google Image

..dalam menikmati kehidupan ini terkadang tidak perlu kemewahan..mungkin cukup dengan kesederhanaan kerana ianya juga mampu mencambahkan rasa bahagia yang berterusan..manisnya adalah pada secebis rasa keikhlasan..menghilangkan beban itu agak mustahil namun mengurangkan beban itu boleh dilakukan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

12 comments:

  1. sama-sama mencari keredhaan Allah SWT juga..

    ReplyDelete
  2. Bersederhana tu pun dah cukup membahagiakan PC. Lagi2 bila dpt berkongsi dengan keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..hidup dengan besederhana sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
  4. Bersederahana is must.. bagi menggapai redhaNYA

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salam ramadhan
    Berbelanja sederhana..ngerti yang mana keperluan dan yang mana kemahuan, yang mana penting dan yang mana lebih penting..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ust.Betul sangat.Sederhana dan cuba bijak membezakan.

      Delete
  6. Memang perbelanjaan meningkat bila menyambut perayaan penting seperti ini.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..