Kerjasama Mercun Dan Meriam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KERJASAMA MERCUN DAN MERIAM | Ramadhan yang masih muda.Masih awal.Baru dua tiga langkah umat menyambut Ramadhan.Bersahut-sahutan berkumandang bacaan ayat suci Al Quran daripada surau dan masjid.Merdu.Mendamaikan.Mengisi malam-malam Ramadhan.SubhanaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Dewasa,tua,muda,remaja,kanak-kanak..jalan kaki ,,berbasikal, berkereta..berpusu-pusu memasuki pintu surau dan masjid.MasyaAllah.Malam yang hidup.Malam yang dihidupkan.Sebulan dalam setahun.Satu daripada dua belas bulan.Alhamdulillah.Bersilaturahim sesamanya.

Indahnya Ramadhan.Sangat indah dan lebih indah andai ianya berterusan biarpun telah berakhirnya Ramadhan nanti.Satu hal yang PC sedari adalah menjadi satu perkara yang bukan asing bagi kita tidak kiralah sambutan apa pun..kerjasama mercun dan meriam tidak pernah gagal dan putus asa..hihihi.Waima di bulan Ramadhan.

Mercun dan meriam ni ibarat penyeri.Tambah meriah suasana.Tambah perisa jugalah,namun terkadang bila ianya agak berlebihan..bagi PC sedikit menganggu dan buat orang terganggu.Suka-suka boleh tapi jangan sesuka hati.Kalau boleh jangan sampai merbahayakan diri sendiri dan orang lain juga.Terkedu pak imam dik.Nasib tak melatah.Macam lucu,hakikatnya serius.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

2 comments:

  1. Kalau dekat kampung Alang Mrs. A rajin buat meriam buluh pastu dengar bunyi kuat ke tak kuat hehehe tapi guna karbait setahun sekali jadi seronoklah.

    Tapi dialah yang main tak bagi pun anak-anak main bimbang jadi hal lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..kemeriahankan MrsA..yang penting hati-hati.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..