Kerana Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KERANA ALLAH | Syukur..dihari kelima dibulan Ramadhan.Hari Jumaat yang redup.SubhanaAllah.Ramadhan setakat ini waktu sahur diiringi hujan yang turun membasahi bumi.Terima kasih Allah.Bulan ini bulan untuk MU..diberi Ramadhan kepada hamba-hambaMU agar kembalikan semua semula kepadaMU.Hanya dibulan Ramadhan.Ibadah dan segenapnya..sedang dibulan yang lain semua yang Allah beri adalah untuk hamba-hambaNYA.

Kerana Allah.

Related image

Kadangkala PC silap dan alpa..bila mana tergelincir daripada nawaitu asal sesungguhnya semua kerana Allah.Mahu tidak mahu adakalanya lakukan kerana manusia..kerana itu kerana ini walhal lakukan apa pun  biar kerana Allah.

Kerana Allah inshaAllah kita dapat semua.Dapat keredhaan,dapat keberkatan,dapat pahala dan balasan kebaikkan.Ya,laluannya satu..untuk dapat semua iaitu lakukan kerana Allah.Bila niat kerana Allah..nak buat perkara tidak baik pun akan fikir berkali-kali..kerana tidak mahu mencemarkan sesuatu niat.

Baik dibulan Ramadhan atau dibulan-bulan yang lain pun..teruskan iktikad dalam hati lakukan sesuatu kerana Allah.Moga ianya menjadi benteng pada diri kita supaya tidak mudah tersasar jauh.

#sama-sama mencari Redha Allah SWT

12 comments:

  1. alhamdulillah. tempat kami pun hujan sejak dari subuh tadi lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga menjadi hujan yang bermanfaat ditambah pula di bulan Ramadhan ini..aamiin.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. 5 hari dah berlalu semoga Ramadhan kali ini diisi dengan sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir seminggu dah kita berpuasa..Allahu.Aamiin.

      Delete
  3. apa yang dilakukan kerana Allah insyaAllah terasa ringan dan mudah nak laksanakan. nk buat jahat pun rasa takut kan PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.Kerana Allah..besar pengaruhnya dalam kehidupan kita.

      Delete
  4. sekejap je dh 5ramadhan kan...smoga apa yg kita lakukan mendapat keredhaan allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin.Betul.Redha Allah itulah kita harapkan..sentias.

      Delete
  5. Insyaallah.. semoga kita beroleh keredhaanNya..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..