Jangan Kedekut Ucap Terima Kasih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN KEDEKUT UCAP TERIMA KASIH |Dua perkataan tapi susah nak diucap.Susah nak buka mulut cakap terima kasih.Dan kalau boleh janganlah pilih-pilih orang nak ucap terima kasih.Di pandangan Allah SWT kita ni cuma dibezakan dengan hati serta amalan je.Itu yang menjadi mentol atau lampu suluh.Ada yang terang sangat.Ada yang sederhana terangnya.Ada yang malap samar-samar dan ada juga yang gelap gelita.Selebihnya Allah pandang sama.

related image
Jangan Kedekut Ucap Terima Kasih

Jangan kedekut ucap terima kasih.Kepada sesiapa pun..walaupun dengan anak kecil.Biarpun mungkin mereka tidak tahu membalasnya tapi mereka mendengar dan menyerapnya dengan baik..ianya satu didikan juga secara tidak sengaja.Menghargai atau penghargaan paling mudah antaranya ucapan terima kasih.

Kalau boleh bersungguh-sungguh ucap terima kasih sesama manusia..JANGAN lupa bersungguh-sungguh juga ucap terima kasih dengan Allah SWT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


12 comments:

  1. Terima kasih untuk semua perkara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..terima kasih kerana sentiasa singgah dan tinggalkan ulasan di blog PC.

      Delete
  2. Sangat betul PC, ucapan 2 ayat tu tapi bila di ucap, besar maknanya dan hati terus berbunga-bunga kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sis.tapi itu yang sering dipandang ringan walhal ianya membahagiakan dan salah satu cara menghargi orang lain.

      Delete
  3. Terima kasih sharing. Betul ucapan tu walaupun simple tetap bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga singgah dn tinggalkan ulasan.

      Delete
  4. Alhamdulillah, mendahului terima kasih

    ReplyDelete
  5. tak salah untuk ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Seeloknya ajar anak2 dari kecil supaya mereka terbiasa

    ReplyDelete
  7. betul. bila orang cakap terima kasih dekat kita, kita akan rasa dihargai kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..