Jangan Berpecah Dihati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN BERPECAH DIHATI |Baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan Syawal..malahan sebenarnya tiada hari-hari khusus untuk berkumpul..selagi boleh lebih kerap itu lebih bagus..lebih afdhal..namun begitu sedia maklum bulan Syawal merupakan bulan kemenangan umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa.Berkumpul besama-sama itu impian setiap daripada kita.Itu apa yang direncanakan manusia,yang sentiasa menjadi harapan dan bayangan indah..untuk merealisasikannya boleh jadi mudah dan boleh jadi juga sebaliknya dan sangat mencabar.

Ya,sangat mencabar.Satu kepuasan dan meriah luar biasa disamping rasa syukur yang tidak terucap bila dapat berkumpul semua adik beradik.Tetapi mungkin itu di zaman masing-masing masih di bawah satu bumbung.Masing-masing masih kecil dan masih lagi di bawah ketiak mak ayah.Sangat mencabar bila mana masing-masing kian meningkat dewasa dan masing-masing juga sudah ada komitmen masing-masing dengan cara,gaya hidup berkeluarga sendiri-sendiri.Tuntutan tugas dan tanggungjawab juga menyumbang sebab mengapa ianya terjadi.

Menjadi satu kekurangan dan seperti ada yang kurang bila tidak dapat berkumpul bersama ketika di pagi Syawal kerana detik dapat berkumpul semua itulah nikmat.Tidak mengapa sebenarnya tidak dapat berkumpul..waktu dan hari tertentu jangan mengikat untuk kita saling bertemu,untuk sentiasa bermaafan dan untuk selalu berhubung satu sama lain.

Jangan berpecah dihati.Apa pun berbalik pada hati kita.Jaga hati inshaAllah banyak perkara berada dalam keadaan baik-baik semuanya.Pelihara dan gilaplah keharmonian sedia ada.Jangan pernah terpedaya dan terhasut dengan kata-kata yang membinasa rasa berkasih-sayang.Sebenarnya dalam apa pun perhubungan atau petalian yang terjalin..jangan berpecah dihati.

related image
Jangan Berpecah Dihati | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

9 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..