Esok

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ESOK

Tetap ada
Akan muncul
Seperti biasa
Untuk semua
Tetapi 
Belum tentu untuk kita

ESOK

Hari yang berbeza
Tarikh yang tidak sama
Cerita juga ketara
Waktunya terus berdetik sepertinya
Namun 
Jika masih bernyawa
Bagaimana pula kita mengisinya

ESOK

Helaian baru berikutnya
Baris demi baris
Catatan demi catatan
Perlakuan itu ibarat pena
Taubat itu umpama pemadamnya
Maka 
Rebut kesempatan yang ada

ESOK

Entah bagaimana nanti
Biarpun sepertinya tahu
Namun belum tentu
Manusia 
Persiapkan dirimu
Moga tidak larut dan hanyut

related image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

4 comments:

  1. Semoga Esok baik-baik aja untuk kita semua..

    ReplyDelete
  2. Mudah2an esok lebih baik daripada hari ini dan semalam

    ReplyDelete
  3. Allah.. Tak siapa tahu bila ajal menjemput..
    Semoga esok masih ada buat kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Setiap esok itu menjadi anugerah buat kita utk sentiasa beringat dan bersyukur, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..