Belum Tentu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BELUM TENTU

Apa dimahu mudah dituju.
Mudah dituju mudah didakap.
Apa yang didakap tidak terlepas.
Belum tentu.

Yang tidak sempurna dipandangan manusia.
Belum tentu tidak sempurna segenapnya.
Tidak mampu berbuat apa-apa.
Belum tentu.
Boleh sahaja lebih baik daripada kita.

Belum tentu berjaya itu berpanjangan.
Gagal itu pula berterusan.
Berubah pasti Allah mengubah.
InshaAllah.

Hari ini hebat.
Esok belum tentu masih kuat bersemangat.
Bersembang kuat.
Melangkah cepat.
Belum tentu.

Belum tentu yang buruk terus terperuk.
Boleh sahaja bangkit jadi penyejuk.
Disangka lemah.
Bangkit berpapah.
Biar langkahnya lemah.
Semangatnya tetap gagah.
Related image
Belum tentu sampah terus sampah.
Belum tentu tiada lang tidak memiliki.
Belum tentu dimercu tidak di bawah.
Takdir sentiasa ada.
Sentiasa terjadi seperti mahu-NYA DIA.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

8 comments:

  1. terima kasih untuk puisi penguat semangat ni :)

    ReplyDelete
  2. Segala ketentuan adalah milik-Nya

    ReplyDelete
  3. Sebab tu kita tak boleh buat andaian sendiri kan.. sebab semuanya belum tentu betul atau salah.. ya atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Sue..takut hujungnya jadi fitnah..nauzubillah.

      Delete
  4. Setuju.. Siapa kita nak tentukan....Allah tentukan yang terbaik...yg digenggam bisa terlepas...semua milikNya...
    Yang dah tentu...cuma jodoh...ajal..rezeki..... Tapi waktu dan keadaan... Allah jua penentu segalanya....

    Semoga Kuat menghadapi hakikat 'belum tentu'... Amin

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Allah jua Maha Penentu atas segala sesuatu. KepadaNya kita berserah dgn sepenuh usaha, doa dan tawakkal.. Allahuakbar

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..