Sentiasa Ada Cuma Bagaimana Mengurusnya..Apa?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SENTIASA ADA CUMA BAGAIMANA MENGURUSNYA..APA? | Kecukupan itulah yang sentiasa Allah swt izin berlaku pada manusia.Sesiapa pun.Cukup.InshaAllah sentiasa cukup walau ngam-ngam sahaja ibaratnya.Bila berasa ada kekurangan di sini nanti akan Allah swt lebihkan di sana pula.Percayalah rasa cukup itu ada dengan syarat sentiasa berasa syukur.Syukur bukan bererti tunggu tanpa usaha..bukan ala kadar..bukan berpeluk tubuh..bukan..tapi mesti usaha,doa,tawakkal dan syukur.Ya,rezeki sentiasa ada..sentiasa..tapi kena usahakan.

Rezeki.Lain orang lain rezekinya.Buka manusia sahaja..setiap makhluk ada rezeki masing-masing yang kita tidak tahu bagaimana bahagian dan agihannya..cuma Allah swt yang tahu dan mengatur dengan sebaik-baiknya.Banyak atau sedikit.Lebih atau kurang...rezeki tetap rezeki.Tetap ada cuma bagaimana mengurusnya sahaja.Betul dan baik menguruskannya makan cantiklah jadinya.Teruruslah semuanya nanti.InshaAllah.

Masa.Sama.24 jam sehari semalam.7 hari seminggu.Kadang rasa tidak cukup masa untuk menyelesaikan atau menguruskan sesuatu perkara.Kadang rasa mahu minta lebih daripada 24jam sehari semalam..mahu minta lebih juga daripada 7 hari sahaja..boleh tapi sambunglah pada jam seterusnya dihari seterusnya..justeru mengapa ada tempoh masa yang ditetapkan untuk menyiapkan atau menyelesaikan sesetengah hal..masa sentiasa ada..sentiasa ada ya.Cuma bagaimana mengurusnya kita ini supaya ianya betul-betul terisi dengan banyak perkara berkualiti.

Masalah atau dugaan.Rasulullah SAW sendiri sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan semasa hayatnya lebih-lebih lagi di ketika baginda menyebarkan dakwah.Apatah lagi kita umat akhir zaman.Musuh yang nyata.Musuh yang tidak terlihat.Semuanya ada dan sentiasa ada.Terkadang mampu dielak.Terkadang terjebak juga di sana sini.Allahu.Masalah tidak boleh dinafi kecuali diurus dengan sebaik-baiknya supaya boleh dileraikan perlahan-lahan dan mudah.

Banyak sangat yang manusia harus lalui.Mesti tempuhi dengan rela mahupun terpaksa.Mahu tidak mahu begitulah hakikat kehidupan manusia..cumanya selagi mana masih hidup di dunia istilah berpatah balik atau taubat itu sentiasa ada dan terbuka untuk manusia sedang di akhirat nanti semuanya sudah tiada lagi.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

16 comments:

  1. Selagi nyawa masih ada, pintu taubat sentiasa terbuka. Namun kadangkala kita lebih bersikap sambil lewa, seolah-olah waktu sentiasa ada, sedangkan penghujungnya akan tiba bila-bila masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat Kakcik.Kadang masa itu sentiasa ada tapi bukan untuk kita..untuk orang lain kan..kita lupa ajal tidak kira usia dan masa.

      Delete
  2. yer betul tu... cara macam mana kita menguruskannya... terima kasih di atas perigatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu terlalu sempurna menguruskannya yang penting teratur dan bersungguh-sungguh.

      Delete
  3. sungguh PC. kalau kita rasa ujian kita besar, uian para nabi terutama Nabi Muhammad saw lagi besar dan berat. insyaAllah sentiasa akan ada jalan penyelesaian jika kita bergantung harap padaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana.Bila rasa rebah dengan ujian..jaikan RAsulullah saw tauladan terbaik mengharungi ujian Allah swt.

      Delete
  4. Hasbinallah wani'kmat Mal wakil ye PC..
    Cukuplah yg maha Pengurus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita usaha mengurus..moga ada campurtangan Allah juga dalam setiap urusan kita.

      Delete
  5. sebab itu nieyl pernah ambil satu kertas , dan tulis dalam masa 24jam apa yg nieyl buat untuk manfaatkan 24jam yang Allah beri tu...kemudian, bandingkan dari hari ke hari...lihat, adakah kita buat benda yang sama ataupun ada penambahan dari hari ke hari.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cara tu..yang kurang ditambah..yang kurang baik diperbaiki yang bagus terus dikekalkan..tak langsung muhasabah diri juga kan Nieyl.

      Delete
  6. bila kita di timpa ujian, kita harus muhasabah diri, cari jalan penyelesian dengan sujud padaNya dan memohon pertolongan..InsyaAllah Dia pasti membantu, lambat atau cepat,...pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Terkadang banyak hal terjadi lantaran khilaf diri kita sendirikan kak..moga Allah sentiasa bimbing kita ke jalan yang diredhailah..sentiasa.Aamiin.

      Delete
  7. Mudah2an Allah melimpahi rezekinya yang melimpah ruah untuk kita semua.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mudahkan semua urusan kita.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  9. Sama tapi cara kita menerima dan melaluinya yang menjadikan perbezaan.. Sentiasa bersyukur dan muhasabah, membantu sebenarnya untuk merasa cukup..

    ReplyDelete
  10. Selawat dan salam keatas junjungan besar Baginda Rasulullah saw.. jadikan baginda sbg ikutan dan semangat dalam kehidupan ini, in shaa Allah.. pasti dipermudahkan setiap jalan dgn perkenan Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..