Mengapa Tidak

MENGAPA TIDAK
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Cuti sekolah masing-masing beriadah
Santai di pantai sambil makan-makan
Melupakan bukan hal yang mudah
Mulakan dengan cuba memaafkan

Ke pasar malam mencari laksa
Bukan sekadar laksa rojak pun ada
Minta didoakan setiap masa
Doa itu pendinding dan senjata hamba-NYA

Silau sungguh lampu bercahaya
Tidak selesa dipandangan mata
Bertanya itu tiada salahnya
Betulkan yang silap jadikan matlamat pertama

Pergi Melaka naik beca
Pusing-pusing sekali sekala
Berjaya mahupun gagal kedua-duanya ada
Apa salahnya mencuba dan mencuba

Baju Melayu berkancing suasa
Kain samping berwarna biru muda
Hal yang kecil lebih kurang saja
Hidup tenang dirahmati sentiasa

#sama-sama mencari redha Allah SWT

3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..