Mampu Mengubah Manusia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MAMPU MENGUBAH MANUSIA |Manusia.Siapakah manusia?..kitalah.Kita yang Allah SWT cipta dan tiupkan roh sedari alam rahim seorang wanita yang bergelar ibu..yang berjuang mengeluarkan kita daripada rahimnya berpindah dikehidupan baru iaitu ke dunia.SubhanaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.Bersyukur kepada Allah.Berterima kasih kepada ibu kita juga.Ibu.Ibu.Ibu.Ayah.

Dilahirkan dalam keadaan bersih.Putih.Suci.Bak selembar kain putih yang tiada noda dan sangat wangi..Allahu..ibu bapanyalah yang mencorakkan anak itu menjadi pelbagai warna dan ukirannya.Teguh asasnya..inshaAllah kukuh jati dirinya.Aamiin.Namun begitu jangan pernah lalai untuk terus menasihati dan memandu arah si anak kerana sesetengah hal mampu mengubah manusia tidak kira siapa dan di mana pun dia berada.

Harta benda,kemewahan atau kekayaan adalah ujian.Bukan kesusahan sahaja dianggap ujian ya.Berapa ramai manusia yang berubah sikap dan sifatnya bila Allah uji dengan rezeki harta benda.Ramai yang tewas dan tersungkur dan lebur..tetapi tidak kurang yang semakin dia Allah limpahkan dengan kekayaan..semakin rendah hatinya berkongsi rezeki apa yang ada pada insan dan tempat sewajarnya..tidak lupa diri itu mahal kerana lupa diri sudah dimiliki ramai orang.

Kasih sayang atau cinta.Ada orang berubah sepenuhnya kerana kasih sayang.Ada orang tidak menjadi dirinya kerana cinta.Kasih sayang atau cinta itu tidak hanya pada sesama manusia atau makhluk..termasuk juga dengan Allah SWT.Dengan agama,bangsa dan negara.Kasih sayang atau cinta ini boleh merosakkan.Tidak mustahil boleh membentuk sahsiah seseorang itu bertambah dan lebih baik dari hari ke sehari.Menjadi inspirasi.Memotivasi.Syaratnya pastikan niatnya ditempat yang betul.InshaAllah boleh.Aamiin.

Persekitaran.Keluarga kita itu insan-insan yang paling hampir dengan kita.Tahu diri kita biar pun mungkin tidak sepenuhnya tahu dan memahami..tetapi setidak-tidaknya lebih tahu berbanding orang lain..orang luar yang berada dipersekitaran kita.Jiran tetangga.Masyarakat juga yang hanya melihat kemudia n berlisan..yang hanya mendengar kemudian membuat kesimpulan.Teguh satu negara itu lihat pada pemimpin dan rakyatnya.Kuat diri sesorang itu lihat insan disekelilingnya dan persekirannya juga.Peribadi bagi PC ianya sangat-sangat mempengaruhi.Biarpun hakikatnya berbalik pada diri sendiri untuk menilai,menerima atau menepis dan membiarkan sesuatu itu..dah namanya manusia terkadang tewas juga dengan mulut manusia lain.

Setiap hari dari awal pagi celik mata bangun tidur hinggalah tidur semula banyak hal yang berlaku mampu mengubah manusia.Kita nak lakukan Allah tak izin tidak berlaku.Kita tak nak buat tapi Allah mahu ianya tetap terjadi.Apa pun situasi cuba elakkan menyalahkan orang lain..cuba juga menjadi diri sendiri tanpa mencampak ke tepi apa yang Allah SWT ingini..waspada ketika berbicara jangan hingga dinilai seperti tidak beragama.

related image
choose the right way..tiada yang LEBIH baik melainkan jalan yang yang diredhai Allah SWT

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang setiap kali bangun tidur mesti terfikir...Allah masih sayangkan aku sebab tu dia beri lagi peluang ..tapi benarkah Allah sayangkan aku, kalau sayang mesti dia amik nyawaku....lalu fikir lagi..mungkin Allah nak amik kita dalam keadaan bersih suci sebagaimana sewaktu kita mula di keluarkan dari rahim ibu....huhuhu..Allahu..

    Sama-sama kita mencari redha Allah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat Sis..baiknya Allah sentiasa beri peluang pada kita untuk trus perbaiki diri sebelum kembali menemuinya abadi.Lebih terasa bila kita bangun tidur..kemudian dengar berita kematian..Allahu..pedih rasanya hati.Perasaan bercampur aduk.Moga kita sentiasa manfaatkan kesempatan yang ada.Aamiin.

      Padam
  2. jika ikutkan hati mcm2 soalan timbul.. kenapa itu kenapa ini.. tp last sekali rasanya baik sntiasa bersyukur je dgn apa yg ada. paling pnting syukur kerana Allah tak cipta kita sebatang kara dgn adanya mak ayah family dll..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Manusia sering ertanya itu ini..dan betul juga syukuri sahaja setiap nikmat yang ada..

      Padam
  3. ada yg menegur kesian ank kecil baru 7 bulan, ayah meninggal dunia... tpi jika kita ubah car berfikir kita tanya diri sendiri... kenapa nak kesian kat anak kecil tu? dia adlah hamba allah yang Allah sedang angkatkan darjatnya sepertimana Rasulullah saw anak yatim sejak kecil.... tapi tu la kita ni manusia yg lemah hanya tahu fikir satu arah sahaja... tak mampu nampak hebatnya Allah... kita tak mampu ubah manusia tapi kita mampu doa dan doa utuk manusia berubah... InsyaaAllah yg plg utama ubah diri sendiri dahulu... aminnn... doakan akak ye untuk merubah kepada yg lebih haq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat kak.kadang PC pun terlepas pandang juga..dek rasa empati kadang manusia khilaf menilai dan membuat kesimpulan sedangkan semua dengan izin dan kehendakNYA pada insan yang DIA pilih kan kak.Allahu.Dan betul seperti akak kata..hanya Allah yang boleh ubah manusia..dengan syarat ada usaha daripada manusia itu sendiri mahu menjadi lebih baik atau sebaliknya.

      Padam
  4. Mudah2an kita berubah ke arah yang lebi baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah Pakcik WP..itu doanya hari-hari sebelum kembali ke alam abadi.

      Padam
Terbaru Lebih lama