Kena Betul-betul Sombonglah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KENA BETUL-BETUL SOMBONGLAH | Tak perlu dijelaskan..sebut perkataan sombong sahaja pun orang dah meluat nak mendengarnya.Baru sebut..kalau tunjuk depan-depan perangai sombong tu jangan marahlah kalau kena kutuk secara berjamaah ya.Sesuatu yang membawa aura negatif sememangnya sangat tidak disukai..kadangkala tak sombong pun..cuma mungkin watak dan gaya atau bawaannya begitu..orang dah mula sinis.Begitulah betapa prejudisnya manusia dengan kesombongan.

Bagi PC sendiri..ada ketika perlu menjadikan diri PC seorang yang sombong.PC tahu sikap itu tidak baik.Sedar sangat-sangat akan hal tersebut tidak bagus dan kesannya bukan sahaja pada diri sendiri malahan melibatkan suami,babah dan mama juga.Namun PC tidak pernah pun peduli..Ibaratnya ketika perlu sombong PC gunakan pendekatan "peduli apa aku".

Ramah dan mesra itu bagus.Sikap terpuji lagi disenangi ramai orangkan.Haruslah.Kalau tak suka baik rawat hati tu betul-betul.Namun sekali lagi PC juga memilih untuk membuat pendekatan..nak ramah dan mesra itu pun perlu pilih-pilih masa dan dengan siapa..dah kata tadikan sombong..

Mahu tidak mahu PC kena betul-betul sombonglah terutama bila mana tidak sihat..ketika demam,batuk dan selesama serta sekiranya bila menghadapi sakit yang mudah berjangkit.Lebih sombong PC pada anak-anak buah,,anak-anak saudara dan kanak-kanak terutama yang bayi.Ya,PC betul-betul sombong..tak tipu..sebab kesian mereka yang masih kecil..sedangkan dengan sesama dewasa pun mudah berjangkit dan dijangkiti..apatah lagi anak-anak kecilkan..Allahu.

Ada orang semakin tidak sihat semakin mencanak selera makan dan minumnya.Dalam bab ini pun PC sombong..memang sakit dan sembuh itu atas izinNYA namun sebagai manusia ada ketika PC pantang makan juga ketika tidak begitu sihat.Selera pun macam hanyut dan terapung-apung di lautan..sombong betulalah..

Terkadang kita perlu menahan diri untuk melakukan sesuatu yang kita mahu apatah lagi yang kita suka.Banyak sebab perlu diambil kira.Banyak alasan yang perlu juga kita dasari dan kaji.Suka dan tidak suka itu memang sudah ada dalam diri manusia sejak kecil lagi..namun jangan sampai ianya mengelirukan kita.Jangan biar diri terjebak dengan hal yang Tuhan murka.Bukan mudah tapi boleh diusahakan.InshaAllah.

related image
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

5 comments:

  1. Sombong demi kebaikan. Pasti ada yang memahami.

    ReplyDelete
  2. mesti juga perlu sombong kalau bab sakit ni, kang berjangkit kat org lain... semoga pc sentiasa sihat hendaknya...

    ReplyDelete
  3. Sombong untuk kebaikan tak apa kan PC.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. https://pokerbolamania.org/berita/trik-dan-tips-menang-main-game-slot
    Trik dan Tips Menang Main Game Slot – Kami memberikan sedikit panduan untuk anda pecinta permainan Slot Game
    WA : 0812-2222-995
    Line: cs_bolavita

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..