Cermin Diri Dulu Lama-lama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CERMIN DIRI DULU LAMA-LAMA

Yang merah itu saga
Yang indah itu bahasa
Jangan ringan mulut mengata
Hujung diri terduduk binasa

Duduk bersila anyam ketupat
Ketupat sintok lebih menarik
Bercakap belakang itu mengumpat
Bercakap depan itu mengutuk

Diasah bersungguh sebilah parang
Senang untuk kegunaan nanti
Jangan asyik dicari salahnya orang
Perbaiki dulu salah sendiri

Jangan diharap ihsannya orang
Perlahn-lahan cubalah bangkit
Tolonglah dijahit rabaknya orang
Jangan ditambah koyak yang sedikit

Memang cantik ramping berkebaya
Lenggang lenggok jalan bergaya
Muflis di dunia malu luar biasa
Bagaimana pula muflis di hadapan DIA

related image
GOOGLE IMAGE

Jangan bermain dengan kaca
Tajamnya buat luka berbisa
Fikir sedalamnya sebelum berbicara
Cermin diri dulu lama-lama

#sama-sama mencari redha Allah SWT



12 comments:

  1. Di tengah padang berlari-lari
    Luka kaki terlanggar paip
    Salah orang seronok dicari
    Lupa sendiri menjunjung aib

    Na'uzubillahhiminzalik.

    ReplyDelete
  2. IMEJ WAJAH DI CERMIN YG TAK SEMPURNA MALU NAK DIPANDANG

    ReplyDelete
  3. Tersirat peringatan yg baik buat renungan semua. Mmg sebaiknya kita cermin dulu diri sendiri dan jngn asyik mencari kesalahan atau kelemahan org lain, kelak diri sendiri yg rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Rugi di akhirat tu yang cuba dielak.

      Delete
  4. Setuju semua rangkap ni kak pc. Ayuh kita sama sama menilik diri sendiri dan turunkan ego. Hanya orang yang ego asyik nak menang dan nampak salah orang.. Nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Betul tu,ego ni kalau sentiasa bawa keburukkan jadinyakan..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..