Bukan Daripada Suapan Sahaja

BUKAN DARIPADA SUAPAN SAHAJA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN DARIPADA SUAPAN SAHAJA | Menu apakah hari ini sahabat blogger yang Perdu Cinta sayangi dan hormati sediakan untuk menjamu selera ya😊.Selera yang bagaimana atau citarasa seperti apa pun jangan lupa untuk waspada ya.Makan untuk hidup jangan hidup untuk makan.Makanlah kemudian berhenti sebelum kenyang.Ikut seperti yang Rasulullah sarankan.Semua sedia maklum..lisan dan perut punca banyak dan pelbagai penyakit.Tapi sekarang bukan sekadar itu,bicara sepi hujung jari di keyboard juga punca penyakit.

Bukan daripada suapan sahaja.

Betullah,kebersihan perlu dijaga.Kesihatan itu nikmat boleh diusahakan tapi tak boleh dijual beli.Bersih belum tentu halal,oleh itu perlu jelas suci dan halalnya.Lazimnya,asal sebut sakit itu puncanya dari apa yang dimakan.Setiap suapan ada harganya.Ada risikonya dan ada soal jawabnya.

Dewasa ini mungkin ada yang sedar..atau mungkin ada yang terlepas pandang tanpa sengaja.Gangguan kesihatan keseluruhan bukan daripada suapan sahaja.Virus atau penyakit yang mudah berjangkit bukan daripada suapan..tapi melibatkan banyak faktor luar atau persekitaran.Maka hati-hati.

Satu hal yang mesti diambil kisah juga adalah..dalam ghairah mahu mencuba sesuatu itu tiada salahnya..namun pastikan minta nasihat pada yang lebih bertauliah atau sudah terlatih.Setiap apa pun tindakkan ada risikonya,selagi boleh minimumkan risiko tersebut untuk kesan jangka panjang.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

5 comments:

  1. kekadang kita tak sedar, punca berlaku dari pelbagai sudut, namun masih menunding jari pada satu arah. :(

    ReplyDelete
  2. kena bersederhana dalam segala aspek

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Kadang penyakit bukan punca dari apa yang kita makan tapi punca dari pelbagai sebab seperti hangkitan virus dan sebagainya kan

    ReplyDelete
  4. Bila nak meningkat umur macam Kak Sue nie lagilah nak kena jaga dari semua segi PC..

    ReplyDelete
  5. Penyakit biasanya makin menghampiri bila usia semakin meningkat.. skrng pun umur ni dah semakin meningkat dan mmg kena jaga pemakanan juga ni.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..