Bertangguh Itu Berbahaya Oii

BERTANGGUH ITU BERBAHAYA OII
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BERTANGGUH ITU BAHAYA OII | Bertangguh ni ada kaitannya dengan malas.Sebenarnya malas itu hanya salah satu sebabnya sahaja berlakunya penangguhan.Kekangan masa,keletihan,keutamaan dan pelbagai sebab lainnya hingga timbulnya sikap bertangguh ini.Suka bertangguh ni pun tidak semestinya melibatkan kerja-kerja atau urusan rumahtangga sahaja..di tempat kerja pun ada yang suka bertangguh.

Bertangguh itu bahaya oii.

Munguragi nilai kecekapan.Bagi yang bekerja atau bekerjaya..'on time' dalam menyiapkan tugasan atau melunaskan kerja-kerja yang diamanahkan itu penting.Mungkin sesetengan jabatan atau tempat kerja tidak mementingkan 'on time' sebaliknya utamakan kualiti namun begitu seandainya dapat menyelesaikan setiap kerja itu pada kadar waktu ditetapkan ianya memberi nilai tambah pada pekerja tersebut.Awak lambat bererti  mengurangi nilai kecekapan.Justeru..jika tiada sebab perlu bertangguh..maka selesaikan dengan cepatnya.Cepat dan berkualiti.InsyaAllah mantap.

Pengurusan masa yang boleh diragui.Ada yang gemar dan memilih fokus melunaskan kerja-kerja terlebih dahulu kemudian barulah melakukan aktiviti-aktivit lainnya.Tidak pelik ada yang sebaliknya.Apa yang penting itu dikemudiankan.Bergembira dahulu baru melunas tugas.Cuma jangan berangin dan berasap bila melihat orang lain makan jeruk sambil sembang sedang awak menjeruk hati buat kerja.

Menubuhkan kumpulan sorak dalam diam.Bila bertangguh itu bererti memberi kemenangan mudah bagi kumpulan yang patut kita musuhi dan lawan.Siapa?..syaitan,iblis dan kuncu-kuncunya.Bayangkan bertangguh lipat kain baju..cuci pakaian dan pinggan mangkuk kotor..buang sampah..hui sangat-sangat mewujudkan busut-busut ni.Allahu.Mestilah boleh tapi jangan lama sangat bertangguh.

related image

Menangguhkan sesuatu itu sebelum dilaksanakan bukan hal aneh.Mungkin ada asbab yang sukar dielak.Namun sekiranya ia boleh dipercepat maka segerakanlah  tanpa memberatkan dan bersyarat.Dalam hal apa pun.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


14 comments:

  1. betui kak. bab kerja memang kena on time sebab dlu pernah keja dgn company mat salleh.keja kena on time dan betul. bukan ala kadar. baru vitamin B dapat tiap tahun. hahaha kalau di rumah, tak sempat buang sampah atau lipat baju, akan sedaya minta tolong suami buat. sebab tak suka biar baju lama2 dalam bakul, nanti kedut berjuta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangguh kerja bahaya Shu...memang seronok..tapi hujungnya nanti mahu menangis dibuatnya..vitamin B tu kira macam motivasikan..kira kerja tidak tangguh..hadiah dapat..fikiran tenang..hati lapang.

      Delete
  2. Assalamualaikum
    terima kasih, tulisan yang sangat mencerahkan. uruskan masa sebaik-baiknya. jangan bertangguh-tangguh, jangan terburu-buru. tinggalkan sebentar yang penting, buat dahulu yang lebih penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ustaz.Betul sangat..apa-apa buat dulu yang lebih penting.

      Delete
  3. haah betui2 tu PC. sikap tangguh2 ni tak elok sbnrnye. lg pun kita tak tau nyawa kita ni tah masih ada peluang atau tak kan kalau tangguh2 kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat-sangat...bila dikaitkan dengan umur..buat kita fikir panjang nak bertangguh buat sesuatu perkara baik.

      Delete
  4. betul... saya sndiri dok usaha ke arah selesaikan apa yang tertangguh. doakan ye.. ameen

    ReplyDelete
  5. Aamiin.InshaAllah.Moga semuanya dipermudahkan Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI KERJA BERANSUR TIDAK BERTAHAN...

    ReplyDelete
  7. Bertangguh.. Buat kerja sambil lewa.. Tu tak sihat kan kak.. Husniey baru balik dari Korea haritu.. Persamaan orang korea dan jepun. Dan maybe negara lain pun terlalu utamakan bab menjaga masa... Kenapa tidak kita 😢

    Thank you atas peringatan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Husniey. Apa yang baik dan membangunkan kita boleh contohikan. Lagi satu kebersihan.

      Delete
  8. Suka bertangguh tu ibarat virus bagi kak ana sebab dia boleh melarat dari satu kerja ke satu kerja. Bahaya sangat.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..